Penghargaan : Penyampaian Sijil Penghargaan oleh MPC kepada Kumpulan KIK B-MED

Petaling Jaya, 19 Jan 2019 – Kumpulan KIK dan 5S telah dijemput ke Majlis Penghargaan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (Malaysia Productivity Corporation (MPC)) diatas kejayaan EMAS di Peringkat International Convention On Quality Control Circles (ICQCC) yang telah berlangsung di Manila, Filipina Pada 24-27 Oktober 2017. Keseluruhan kumpulan yang dihantar oleh MPC bagi mewakili negara adalah sebanyak 37 kumpulan. 36 kumpulan telah memenangi EMAS dan 1 kumpulan mendapat Perak. Pusat Perubatan UKM yang terpilih mewakili negara adalah Kumpulan B-MED dari JPMD, Kumpulan ZITRON dari Jab Fisioterapi Perubatan dan Kumpulan 5S Parasit EVO dari Jabatan Parasitologi Perubatan. Sijil penghargaan disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC iaitu DATO` MOHD. RAZALI HUSSAIN.
Majlis penghargaan ini dimulakan dengan perkongsian ICQCC Manila oleh salah seorang Fasilitator kumpulan yang pergi. Seterusnya Penerangan dan taklimat penggunaan sistem online untuk pengurusan pendaftaran kumpulan KIK bagi tahun 2018 dan juga pembentangan jadual konvensyen bagi tahun 2018.
Penghargaan ini amat bermakna bagi kumpulan KIK yang pergi ke Convention On Quality Control Circles (ICQCC) yang telah berlangsung di Manila, Filipina, kerana ia telah mengharumkan nama negara dan Institusi masing-masing.
Laporan oleh : Abd Hamydy
Foto : Ahli KIK

