Konvensyen : International Convention On Quality Control Circles (ICQCC) 2017 – Manila

30 Oct 2017


Pada tahun ini, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah melakar sejarah apabila buat pertama kalinya berjaya memperoleh Anugerah Emas di peringkat antarabangsa menerusi Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) – B-MED dalam International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2017 yang berlangsung di Manila, Filipina pada 24-27 Oktober 2017.

Kumpulan KIK dari JPMD sebelum ini pernah berjaya melangkah ke peringkat kebangsaan tetapi pada tahun ini, penyertaan kumpulan dari JPMD buat julung kalinya berjaya melangkah ke peringkat antarabangsa, selepas berjaya mendapat Anugerah 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam pada Konvensyen Team Excellence peringkat Kebangsaan pada tahun 2016. Di mana, kejayaan ini lebih manis lagi apabila buat pertama kalinya melayakkan JPMD untuk mewakili PPUKM, UKM dan seterusnya Malaysia dalam ICQCC.

JPMD telah diwakili oleh En. Abd Hamydy Abd Hamid, En. Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari dan Cik Hafizah Rossli serta Mohd Nor Adzhar Adnan dari Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi Perubatan. Kumpulan B-MED dari Gugusan Mikrobiologi ini telah mebawa tajuk ‘Penghasilan Kultur Media Tidak Mencukupi di Makmal JPMD’ dalam konvensyen tersebut.

Malaysia telah menjadi kontigen keempat terbesar dengan menghantar sebanyak 37 Kumpulan dengan 215 orang deligasi daripada 29 organisasi. Tiga belas negara telah menyertai ICQCC pada tahun ini dengan 366 kumpulan. Kejayaan Kumpulan B-MED dari JPMD mendapat Emas telah membantu pasukan Malaysia membawa pulang 36 Emas dan 1 Perak, serta secara tidak langsung berjaya memastikan kesemua pasukan dari PPUKM memperoleh Anugerah Emas. ICQCC 2017 merupakan penyertaan terbesar PPUKM sejak dari tahun 2010 dengan diwakili oleh 3 kumpulan.

Diharap kejayaan ini dapat menjadi pemangkin dan pembakar semangat warga JPMD untuk terus membuat penambahbaikan dalam kualiti dan didoakan semoga penyertaan jabatan pada peringkat antarabangsa menerusi kumpulan KIK ini tidak terhenti di sini dan akan mewakili Malaysia lagi pada masa hadapan.

 

Laporan oleh : Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari
Foto : B-MED

Search

+