Bengkel : Phlebotomy Training Workshop

Isnin, 24 – 25 Julai 2017 Bahagian Pengambilan Darah JPMD telah menganjurkan ‘Phlebotomy Training Workshop’ selama dua hari bertempat di Dewan Kuliah 1, Blok Pra-klinikal, HCTM, PPUKM. Bengkel ini mensasarkan penyertaan daripada pihak luar PPUKM dan dikenakan bayaran bagi setiap penyertaan. Sasaran penyertaan adalah seramai 20 peserta tetapi terpaksa di buka kepada 30 peserta kerana sambutan yang sangat baik.
Antara organisasi yang menyertai bengkel ini ialah Kolej Teknologi Makmal Perubatan KTMP (8 orang), Pantai Premier Pathology (6 orang), Premier Diagnostic (4 orang), Prince Court Medical Centre (3 orang), Fakulti Sains Kesihatan UKMKL (2 orang), Fakulti Farmasi UKMKL (2 orang), Prima Lab (2 orang), Pusat Kesihatan UKM (1 orang) dan Quantum Diagnostic (1 orang).
Bengkel ini dianjurkan dengan usahasama syarikat pembekal, Becton Dickinson (BD) yang mengkhususkan pengenalan dan pembelajaran teknik pengambilan darah yang betul menggunakan kaedah vacutainer (tiub bervakum) secara teori dan praktikal. Para peserta dikehendaki menjalani penilaian teori (bertulis) dan praktikal (dummy) di penghujung bengkel untuk menilai keberkesanan latihan dan pendedahan yang diberikan.
Sesi praktikal dan penilaian teknik pengambilan darah dikendalikan oleh kakitangan Bahagian Pengambilan Darah yang bertindak sebagai fasilitator bengkel.

Antara penceramah yang menjayakan bengkel ini ialah Cik May Ong Foong, Senior Clinical Specialist dari Becton Dickinson (BD), Dr. Hanita Othman, Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik PPUKM dan Prof. Madya Dr Norzana Abd Ghafar, Ketua Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan UKM.

Untuk penganjuran bengkel ini buat pertama kalinya, pihak JPMD berasa sangat bersyukur atas sambutan yang sangat baik dari para peserta dan berharap dapat meneruskan bengkel ini sebagai acara tahunan.
Laporan : Mohd Izwan Mohd Shamsudin
Gambar : Mohd Izwan Mohd Shamsudin