Kerohanian : Majlis Tazkirah Ramadhan

24 Jun 2016

tazkirahjpmd1

Isnin, 23 Mei 2016 Satu Program Kerohanian telah berjaya dilaksanakan di JPMD bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan pada 6 Jun 2016. Ceramah telah diadakan di ruang legar Pejabat JPMD.

Pihak JPMD telah menjemput Ybhg. Ustaz Mohammad Afandi Che Harun iaitu Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah JAKIM bagi menyampaikan ceramahnya yang bertajuk ‘Andai Ini Ramadhan Terakhirku’.

Program selama sejam ini telah dihadiri oleh sebahagian besar kakitangan di JPMD yang terdiri dari pelbagai gred jawatan. Pengisian ceramah dengan kata-kata nasihat dan amalan-amalan yang dituntut sebelum, semasa dan selepas Ramadhan sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan dan amalan semua kakitangan beragama islam di jabatan ini.

Pihak JPMD mengharapkan agar program kerohanian dan bersifat ilmiah seperti ini dianjurkan selalu supaya dapat mengeratkan ukhwahfillah di kalangan kakitangan. Syabas dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa Etika Kerja JPMD dan semua yang terlibat dalam menganjurkan program ini.

Laporan dan gambar: Siti Hawa Abu Amis

Search

+