Lawatan Akademik : Pelajar Sarjana Muda Doktor Perubatan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Pada 28 April 2016, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah menerima kunjungan daripada pelajar Sarjana Muda Doktor Perubatan, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM seramai 55 orang diketuai oleh Prof. Dr. Shaik Alaudeen Mohd Moktar, Ketua Jabatan Praklinikal, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM.


Tujuan lawatan akademik ini ialah untuk melihat perkhidmatan diagnostik di Unit Patologi Kimia, JPMD. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Dr Hanita Othman, Ketua JPMD merangkap juga Ketua Unit Patologi Kimia berkenaan Sistem Automasi Makmal Sepenuhnya (Total Laboratory Automation atau singkatannya TLA) yang menggunakan mesin Accelerator A3600 telah diimplementasikan di Unit Patologi Kimia. Selain itu, beliau juga memberi penerangan mengenai pemantauan kawalan kualiti dalaman secara lebih efektif menggunakan skala Sigma Metric di Unit Patologi Kimia yang telah berjaya mendapat sijil Verifikasi Sigma Metric daripada Institut QC Westgard.


Selepas taklimat ringkas di Bilik Mesyuarat Lembaga, Blok Pendidikan Kompleks Tuanku Jaafar PPUKM, semua deligasi lawatan telah dibawa untuk melihat teknologi pengujian diagnostikdi makmal. Deligasi lawatan telah dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk memberikan keselesaan dan gambaran yang jelas aktiviti di makmal. Semua pegawai sains Unit Patologi Kimia telah meluangkan masa dalam program lawatan ini dan memberikan penerangan tentang aktiviti pengujian yang ditawarkan .
Laporan Oleh : Noor Farisah A. Razak
Foto Oleh : JMP