CME : Ujian Pengesanan Antigen Cryptococcus LFA (lateral flow assay)

10 May 2016

CME Mikologi

Pada tarikh 19 April 2016, Unit Mikologi Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah mengadakan CME Ujian Pengesanan Antigen Cryptococcus menggunakan teknik LFA (lateral flow assay) yang bertempat di Makmal Siswazah Mikrobiologi Tingkat Basement, HCTM, PPUKM.

CME Mikologi CME Mikologi

Objektif  CME ini adalah penukaran kaedah pengujian yang Pengesanan Antigen Cryptococcus  dari lateks aglutinasi kepada LFA (lateral flow assay). Sasaran CME ini adalah semua kakitangan yg menjalankan kerja lebih masa di Gugusan Mikrobiologi.

CME & latihan kompetensi ini dianjurkan berikutan pertukaran kaedah ujian bagi Ujian Pengesanan Antigen Cryptococcus yang akan dilaksanakan tidak lama lagi yang mana ia adalah selaras dengan keperluan MS ISO15189. Penukaran kaedah ujian ini adalah perlu memandangkan kaedahnya sangat mudah, menjimatkan masa dan kos efektif.Sehubungan dengan, itu seramai 50 org kakitangan di Gugusan Mikrobiologi, telah turut serta dalam latihan ini yang mana mereka telah diberikan satu ceramah pendek berkenaan ujian tersebut oleh wakil syarikat pembekal All Eights Sdn.Bhd, disusuli dengan latihan serta kuiz kompetensi yang perlu dijawab pada masa latihan diberi.

Penglibatan kakitangan sangat menggalakkan dan diharap mereka dapat menjalankan ujian ini dengan baik setelah ia dilaksanakan kelak.

Sekian Terima Kasih

Laporan : Marianayati Muhammad
Gambar : Abd Hamydy

Search

+