Khidmat Masyarakat : Zoo Negara Malaysia 2015

PROGRAM KEMASYARAKATAN : ZOO NEGARA MALAYSIA 2016
Pada tarikh 31 Oktober 2015 (Sabtu) Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik telah mengadakan satu program khidmat masyarakat bertempat di Zoo Negara Malaysia, Hulu Kelang, Ampang Selangor. Program ini telah disertai oleh 33 orang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), Pusat Perubatan UKM (PPUKM). Progam ini adalah aktiviti anjuran Bahagian Pentadbiran AM dan Unit Patologi Kimia JPMD dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Zoo Negara (Education Department).

Program yang bermula seawal 8.00am ini berakhir jam 12.30pm. Aktiviti ini merupakan program khidmat masyarakat yang sentiasa dialu-alukan oleh pihak Zoo Negara bagi membantu pengurusan pihak Zoo. Peserta diberi taklimat dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan tertentu dan kemudiannya diagihkan kepada penjaga zoo untuk tugasan tertentu didalam kandang haiwan. Antara aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan peserta adalah seperti membersihkan kandang haiwan, membaik pulih kandang dan juga memberi makan kepada haiwan-haiwan zoo.

Diharap program Khidmat Kemasyarakatan seperti ini dapat diteruskan lagi dalam usaha memberikan kesedaran tentang kepentinggan konservasi haiwan dan juga dapat menyemai sikap menghargai Hidupan Liar dan memupuk semangat kerjasama berpasukan yang tinggi di antara kakitangan dengan komuniti sekitar.
Sekian
Laporan : Pn Azam Yati
Foto oleh : Mohd Firdaus