Majlis Pelancaran Pra Sambutan Jubli Perak Jabatan Perubatan Kecemasan
Majlis Pelancaran Pra Sambutan Jubli Perak Jabatan Perubatan Kecemasan telah diadakan pada 20 Januari 2022 yang lalu di Auditorium ASS. Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Faizal Amri Hamzah, Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Sesi Perkongsian Pahit Manis Mantan Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ismail Saibon dan Prof. Madya Dr. Johar Jaafar. Majlis bersurai pada jam 11.15 pagi. Walaupun pelancaran ini dianjurkan secara sederhana namun amat bermakna buat warga kerja di Jabatan Perubatan Kecemasan.







