Lawatan AHA ITC UKMMC ke UMS
Pada 1 Ogos 2022, pihak Unit Latihan Jabatan Perubatan Kecemasan selaku wakil AHA ITC UKMMC telah mengadakan satu sesi lawatan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Lawatan ini bertujuan sebagai satu persediaan UMS untuk menjadi Training Site (TS) di bawah naungan ITC UKMMC. Seramai 4 orang wakil termasuk Prof. Ismail Mohd Saiboon selaku AHA Training Center Coordinator (TCC) telah ke Sabah untuk menyemak kesiapsiagaan UMS sebagai TS AHA. Wakil AHA ITC UKMMC turut menjalankan kursus AHA Instructor untuk melatih kakitangan UMS sebagai Instructor AHA. Lawatan ini berlangsung selama satu minggu.










