Jabatan Perubatan Kecemasan telah diiktiraf sebagai jabatan di bawah Fakulti Perubatan UKM pada tahun 2007. Penglibatan Jabatan Perubatan Kecemasan di dalam bidang pengajaran bukan sahaja melibatkan pelajar-pelajar perubatan dan pelajar pascasiswazah tetapi juga pelajar-pelajar paramedik, kakitangan HUKM (dalam dan luar jabatan) dan tidak ketinggalan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan hospital swasta.
Pelajar-pelajar perubatan prasiswazah menjalankan latihan klinikal di Jabatan Perubatan Kecemasan selama dua minggu. Dalam masa tersebut, pelajar-pelajar didedahkan kepada pengendalian pesakit kecemasan trauma, kardiak, respiratori, pediatrik dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga berpeluang berlatih untuk menjalankan prosedur-prosedur seperti pengambilan darah, ’intravenous cannulation’ dan sebagainya. Selain pelajar-pelajar perubatan UKM, Jabatan Perubatan Kecemasan juga menerima pelajar-pelajar perubatan elektif dari United Kingdom, Russia, German, Australia, Ireland, Oman dan lain-lain.
Permulaan Program Sarjana Perubatan Kecemasan dengan pengambilan pertama seramai 9 orang pelajar pada tahun 2005 adalah merupakan satu kebanggaan kepada Jabatan Perubatan Kecemasan. Sehingga kini program sarjana perubatan kecemasan UKM telah berkembang pesat dan diterima baik oleh semua pihak.
Selain program Sarjana, Program yang terbaru diadakan dengan kerjasama Hospital UKM adalah Pos Basik Kecemasan Pra Hospital pada tahun 2006. Tempoh kursus adalah selama enam bulan bagi stiap sessi pengajian.
Jabatan Perubatan Kecemasan juga bekerjasama dengan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu dalam menjalankan program Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan. Pelajar tahun pertama telah memulakan sesi pada Jun 2007 dan akan menjalankan latihan klinikal di Jabatan Perubatan Kecemasan bermula pada 2008.
Dalam pengemaskinian maklumat
Dalam pengemaskinian maklumat
Dalam pengemaskinian maklumat