Misi
- Melahirkan kakitangan yang profesional, berintegriti, mahir dan berpengetahuan tinggi melalui pembelajaran perubatan berterusan, latihan dan penyelidikan di semua peringkat dalam bidang perubatan kecemasan.
- Bekerja secara berpasukan dalam menyampaikan perawatan yang berkualiti, berorientasikan pesakit berdasarkan bukti perubatan, cekap dan kos efektif kepada masyarakat yang memerlukan rawatan perubatan kecemasan.
- Mewujudkan kesedaran melalui pendidikan kesihatan kepada masyarakat dalam bidang perubatan kecemasan.
- Penambahbaikan berterusan dari segi perkhidmatan, pembelajaran dan pengajaran melalui kaedah penyelidikan dan inovasi serta menerokai bidang baru.
- Melahirkan jabatan yang berdaya saing dari semua aspek dalam bidang perubatan kecemasan.
Visi
Kami bertekad untuk menjadi pusat kecemerlangan dan rujukan yang disegani di peringkat antarabangsa dari segi akademik, penyelidikan, inovasi dan perkhidmatan klinikal yang menyeluruh dalam bidang perubatan kecemasan.