Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Jabatan Perubatan Kecemasan

23 Dec 2022

Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah diadakan pada 20 Disember 2022 di Dewan Serbaguna Blok Tambahan, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM UKM. Jabatan Perubatan Kecemasan beroperasi seiring dengan penubuhan hospital. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM. Turut hadir Timbalan-timbalan Pengarah, YBrs. Dr. Faizal Amri Hamzah, Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan, dan warga kerja Jabatan Perubatan Kecemasan HCTM.

 

 

Search

+