Jamuan Raya Jabatan Perubatan Kecemasan 2022
Pada 31 May 2022, Majlis Jamuan Aidilfitri Jabatan Perubatan Kecemasan telah diadakan di Bilik Pengajian dan ruang legar jabatan. Majlis telah dihadiri oleh kakitangan dan beberapa tetamu kehormat seperti YBhg. Prof Dr. Ismail BinMohd Saiboon (mantan Ketua Jabatan), Prof. Madya Dr. Mohd Johar Bin Jaafar (Mantan Ketua Jabatan), YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor (Dekan Fakulti Perubatan), Encik Mursidi Ahamad (Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) HCTM) , YBhg. Prof. Dr Marina Mat Baki (Timbalan Dekan (Jaringan & Alumni) UKM), Prof. Madya Dr. Jemaima Che Hamzah (Timbalan Dekan (Pengajian prasiswazah) UKM), Datin Dr. Anita Sulong (Timbalan Pengarah (Diagnostik & Sains Kesihatan) HPKK) dan Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abd Rashid (Timbalan Pengarah (Surgeri HPKK)). Majlis bermula seawal jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Semoga majlis jamuan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan jabatan.





