Tahniah – Kenaikan Pangkat Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana Bil.2/2026 HCTM
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 20 orang kakitangan HCTM yang telah berjaya menerima Surat Kenaikan Pangkat bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana Bil. 2/2026 pada 8 Julai 2026.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pendorong dan pemangkin semangat kepada semua penerima untuk terus berkhidmat dengan penuh komitmen, berintegriti, dan cemerlang demi kemajuan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM.




















