Pemakluman Pengoperasian Jabatan Sumber Manusia, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh (Total Lockdown)
Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh (Total Lockdown) di seluruh negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Jabatan Sumber Manusia, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) memaksimumkan keberadaan kakitangan di pejabat pada tahap 20% dan penutupan urusan di kaunter mulai 1 Jun 2021 sehingga diberitahu kelak.
Walaubagaimanapun, kakitangan dan pelawat masih boleh menghubungi Jabatan ini melalui nombor sambungan 5151 (waktu pejabat) atau emel seperti di Jadual Operasi Jabatan ini atau layari laman web hctm.ukm.my/jsm.
Sekian dimaklumkan.
Ketua
Jabatan Sumber Manusia, HCTM
