Pelaksanaan Pembaharuan Kontrak Perkhidmatan Kakitangan Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana bagi Tahun 2024
Adalah dimaklumkan Jabatan Sumber Manusia, HCTM akan melaksanakan eksesais pembaharuan kontrak perkhidmatan kakitangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana bagi kakitangan yang akan tamat tempoh pada tahun 2024. Sehubungan dengan itu, semua kakitangan kontrak yang akan tamat tempoh perkhidmatan perlu melengkapkan dokumen seperti berikut:
- Borang Permohonan Pelantikan Semula Selepas Bersara / Pembaharuan Perkhidmatan Kakitangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana (HCTM/JKIK/JSM/B24) yang boleh dimuat turun melalui laman web https://hctm.ukm.my/jsm/dokumen/;
- Penyediaan jadual kekerapan deskripsi tugas (format seperti di Lampiran A); dan
- Penyediaan deskripsi tugas mengikut format job description (JD) myPortfolio.
Jabatan Sumber Manusia, HCTM tidak akan menghantar surat peringatan kepada pihak jabatan untuk tujuan pembaharuan kontrak kakitangan. Sehubungan itu, pihak Jabatan diminta memantau dan sentiasa peka mengenai tarikh tamat kontrak kakitangan yang ada di jabatan. Dokumen permohonan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Sumber Manusia, HCTM mengikut jadual.
Jadual dan maklumat lanjut, boleh rujuk lampiran berikut:
