Hari Keluarga Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar (KKL) Tahun 2019
Hari Keluarga Bahagian Sumber Manusia ,Jabatan Pendaftar, Kampus Kuala Lumpur telah dijalankan pada 6 – 7 April 2019, bertempat di Kalumpang Resort Selangor. Ia merupakan salah satu aktiviti rasmi BSM bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua staf BSM. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individual, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Sambutan Hari Keluarga BSM ini telah berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif dan memfokuskan kepada perkara-perkara berikut :
- Memberikan ruang kepada staf BSM untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang.
- Sebagai landasan untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staf dan ahli keluarga BSM
- Membuka minda dan kesedaran terhadap pasangan staf untuk sama-sama menyumbang kearah peningkatan mutu kerja.
- Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
- Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf BSM sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.






