BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN KENAIKAN PANGKAT UKM

20 Apr 2022

Jabatan Sumber Manusia, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Garis Panduan Kenaikan Pangkat pada 13 hingga 15 Disember 2021 bertempat di Bangi Resort Hotel, Bangi Selangor. Bengkel ini adalah bertujuan bagi membangunkan garis panduan kenaikan pangkat untuk dijadikan rujukan utama untuk digunapakai di UKM, HCTM dan HPKK.

Bengkel Garis Panduan Kenaikan Pangkat ini telah melibatkan 36 orang pegawai terdiri dari UKM, HCTM dan HPKK seperti berikut:

  • Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM;
  • Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM dan Dr. Tang Swee Fong wakil Pengurusan HPKK;
  • Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Timbalan Pendaftar Bahagian Sumber Manusia UKM, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar HCTM dan Puan Farliza Zakaria, Ketua Pentadbiran HPKK;
  • Zairul Azwan Mohd Azman, ketua skim bagi jawatan Pegawai Perubatan;
  • Fadzlina Abd Karim, ketua skim bagi jawatan Pegawai Pergigian;
  • Puan Shariffah Norasmah Syed Mustaffa, ketua skim bagi jawatan Pegawai Farmasi;
  • Puan Siti Rafidah Mohd Yahya dan Puan Nordianah, wakil Pusat Teknologi Maklumat, UKM;
  • Ketua Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UKM, Ketua Jabatan Sumber Manusia, HCTM dan Ketua Perkhidmatan Sumber Manusia, HPKK; dan Pegawai dan Kakitangan Sumber Manusia

Satu taklimat ringkas panduan urusan proses kenaikan pangkat juga telah diberikan oleh Puan Amy Lisa Bajuri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai panduan.

Ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli-ahli pengurusan, pegawai-pegawai kanan, dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan Bengkel Pemurnian Garis Panduan Kenaikan Pangkat UKM tersebut.

Search

+