Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2020 bagi meraikan pesara Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Tahun 2019
Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2020 bagi meraikan pesara Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Tahun 2019 merupakan acara tahunan yang diadakan bagi menghargai warga kerja yang telah menamatkan perkhidmatan setelah lama berkhidmat di HCTM dan sebagai tanda penghargaan di atas komitmen dan sumbangan yang telah diberikan kepada organisasi ini. Majlis ini telah diadakan pada 25 Februari 2020 (Selasa), bertempat di Ruang Galeri Blok Pendidikan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Selain daripada kehadiran para pesara, majlis telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. A. Rahman A. Jamal, Pro Naib Canselor (KKL), Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM dan Ahli Pengurusan KKL dan HCTM.
Melalui penganjuran majlis ini, diharapkan ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pesara dengan organisasi biarpun telah menamatkan perkhidmatan disamping dapat mewujudkan memori terindah yang mekar dalam ingatan pesara sepanjang hayat mereka. Secara keseluruhannya, majlis ini meraikan 39 orang pesara yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 27 orang perempuan bagi tempoh 01 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019 meliputi kategori berikut :
1. Bersara Wajib – 20 Orang
2. Bersara Pilihan – 17 Orang
3. Bersara Atas Sebab Kesihatan – 1 Orang
4. Bersara Terbitan – 1 Orang
Ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa dan kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2020.
Klik di sini : Gambar Penuh



















































































