Misi

Jabatan Sumber Manusia beriltizam untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran Sumber Manusia disamping memberikan perkhidmatan yang telus, produktif dan kos efektif.

Falsafah

Gabungan antara prinsip mesra pelanggan, akauntabiliti, beretika, komitmen, dan kualiti adalah dasar utama Jabatan Sumber Manusia dalam menyalurkan perkhidmatan berkualiti.

Piagam Pelanggan

“Kami Sedia Membantu”

Objektif Kualiti

1. Menguruskan pengisian perjawatan (berwaran) dalam setahun

2. Memastikan kakitangan HCTM menghadiri latihan 40 jam setahun

3. Memastikan maklumat pesara yang dihantar ke Sistem Integrasi HRMIS/POWER selewat – lewatnya tiga (3) bulan sebelum tarikh persaraan

4. Menguruskan Surat Pengesahan Majikan siap dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas menerima borang permohonan yang lengkap

 


Dasar Kualiti

Bertekad menjadi sebuah jabatan yang efisyen dan terkehadapan dalam memberikan perkhidmatan yang komited dalam bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia mengikut peraturan yang ditetapkan demi memenuhi kepuasan pelanggan secara penambahbaikan berterusan dan semangat kerja berpasukan.


Sejarah

Jabatan Sumber Manusia (JSM) merupakan salah satu jabatan yang telah memulakan operasi seawal tahun 1997 seiring dengan penubuhan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan berperanan merancang dan menguruskan perancangan serta pelaksanaan sumber manusia kepada HUKM seiring dengan wawasan HUKM ‘bertekad untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang perkhidmatan, pendidikan dan penyelidikan di samping menyediakan kakitangan yang berkemahiran dan kemudahan perubatan yang moden, canggih dan kos efektif’. Bagi merealisasikan wawasan tersebut beberapa unit-unit kecil telah diwujudkan diantaranya adalah:

1) Unit Pengurusan Perjawatan

2) Unit Pengurusan Perkhidmatan

3) Unit Pengurusan Latihan dan Cuti Belajar

4) Unit Pengurusan Perundangan dan Tatatertib 

5) Unit Pengurusan Pentadbiran Am (Dalaman)

Kesemua unit di atas berfungsi bagi mendokong misi, visi dan objektif kualiti jabatan agar matlamat dapat dicapai sepenuhnya dengan lebih efisyen. Dalam mengekalkan mutu kualiti agar sentiasa berada pada tahap yang cemerlang, jabatan telah merancang dan menilai keupayaan dalam setiap aspek perkhidmatan dan sistem penyampaian maklumat kepada pelanggan dengan menyertai Program Kualiti ISO dan Amalan 5S secara berterusan selaras dengan keperluan semasa bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

Dalam era globalisasi yang berdaya saing dan mencabar, jabatan telah berjaya menghasilkan kejayaan dalam skop perkhidmatan melalui program-program yang relevan secara berterusan. 

Pada tahun 2018, Jabatan ini telah diangkat fungsi serta ditukar nama kepada Bahagian Sumber Manusia di bawah Jabatan Pendaftar (KKL) setelah penstrukturan semula fakulti-fakulti UKM. Sebagai pemangkin kepada pusat tanggungjawab di bawah Kampus Kuala Lumpur, maka bahagian ini telah menstruktur semula fungsi unit selaraskan dengan pelaksanaan di Jabatan Pendaftar UKM Kampus Bangi bertujuan agar kualiti perkhidmatan lebih terjamin. Hasil penstrukturan semula tersebut, fungsi bahagian ini kini merangkumi unit-unit berikut:

1) Unit Perjawatan & Kenaikan Pangkat

2) Unit Elaun, Saraan & Prestasi

3) Unit Latihan & Perkembangan Kerjaya

4) Unit Gaji

5) Unit Pentadbiran Dalaman 

Setiap unit ini memainkan peranan penting dalam tanggungjawab masing-masing demi memberikan perkhidmatan kepada seluruh kakitangan lebih efisyen dan terkehadapan. Pada 18 Mei 2020 pengoperasian Sumber Manusia telah dikembalikan semula kepada Hospital dan kini dikenali sebagai Jabatan Sumber Manusia, HCTM, UKM. 

Pada tahun 2025, satu unit baharu telah diwujudkan iaitu Seksyen Pengurusan Psikologi dan Kaunseling, yang berperanan melaksanakan urusan kaunseling dan intervensi kepada kakitangan hospital, selain menjalankan kajian berkaitan kesihatan psikologi di bawah penyelarasan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).