Unit Gaji

1. Apakan peranan dan tanggungjawab Unit Gaji?

Secara umumnya, peranan Unit Gaji adalah mengurus dan menyemak emolumen dan perubahan emolumen kakitangan khususnya kakitangan lantikan HCTM yang berstatus tetap, kontrak, sementara dan sambilan serta memastikan bahawa mereka menerima emolumen yang sepatutnya. Tanggungjawab Unit Gaji adalah menyemak gaji bulanan kakitangan, kenaikan gaji tahunan (KGT), gaji naik pangkat, gaji lantikan kakitangan baru, gaji kakitangan bersara / tamat kontrak / berhenti, faedah persaraan, semakan elaun-elaun yang dibayar, bayaran insentif kepada yang layak dan bayaran bonus / saguhati kepada kakitangan yang layak.

2. Bagaimanakah kaedah pengiraan penetapan gaji permulaan selepas kenaikan pangkat?
DASAR BAHARU DALAM P.U.(A)1/2012 (PINDAAN) 2017

PERKARA PERATURAN BAHARU
Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat Gaji akhir di gred terdahulu hendaklah ditambah dengan –
(i) kadar kenaikan gaji tahunan di gred kenaikan pangkat; atau
(ii) kadar kenaikan gaji tahunan terakhir diterima digred terdahulu,
mengikut mana yang lebih tinggi, mulai tarikh kenaikan pangkatnya.

Showing 1 to 1 of 1 entries

Berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) (Pindaan) 2017 [P.U.(A)163/2017] berkuat kuasa mulai 1 Mei 2017.

Rujukan;

Surat edaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam JPA.(S)(K)223/4/4JLD.5(6) bertarikh 5 September 2017.
Garis Panduan Pelaksanaan Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat dalam rujukan JPA(S)(K)223/4/4JLD.5(5) berkuatkuasa 1 Mei 2017.