Lawatan Penanda Aras Sistem Penjadualan Atas Panggilan (On Call) dan Sistem Tuntutan Elaun Atas Panggilan (On Call) ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

15 Feb 2019

Lawatan Penanda Aras Sistem Penjadualan Atas Panggilan (On Call) dan Sistem Tuntutan Elaun Atas Panggilan (On Call) ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah diadakan pada 14 Februari 2019 (Khamis) yang lalu.

Lawatan yang disertai 29 orang kakitangan daripada PTM Bangi, PTM (KKL), Bendahari (KKL), Pejabat Pengarah dan wakil setiap jabatan klinikal dan sokongan klinikal Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) ke Jabatan Sumber Manusia PPUM ini bertujuan untuk melihat penggunaan Sistem Penjadualan On Call dan Sistem Tuntutan Elaun On Call PPUM dengan lebih mendalam selain mendapatkan input berkaitan dasar dan proses kerja yang diamalkan di sana.

Perkongsian maklumat yang diperolehi semasa lawatan ini akan disalurkan ke Projek Pembangunan Sistem Penjadualan On Call dan Sistem Tuntutan Elaun On Call HCTM yang dirancang untuk dibangunkan pada tahun ini.

Search

+