Unit Penerbitan Elektronik (UPE), Jabatan Multimedia dan Penyiaran (JMP) merupakan peneraju dalam bidang multimedia, audio visual, penyiaran dan fotografi yang berfungsi sebagai medium penyebaran maklumat secara digital selaras dengan perkembangan teknologi media digital terkini. Terdapat tiga (3) seksyen di bawah UPE iaitu seksyen penyiaran, seksyen fotografi serta seksyen audio visual & fasiliti. Perincian fungsi ketiga-tiga seksyen di bawah UPE adalah seperti berikut:


Seksyen Penyiaran

a) Perkhidmatan penerbitan video korporat, informatif, montaj, kapsul, dokumentari, dan prosedur perubatan bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan.

b) Perkhidmatan rakaman video dan audio termasuk Single Camera Production (SCP) atau Multi Camera Production (MCP) bagi program rasmi HCTM.

c) Perkhidmatan kawal selia siaran digital HCTM di Digital Notice Board dan Seamless Digital Video Wall.

d) Pengurusan Platform Media digital HCTM termasuk penstriman langsung bagi program rasmi dan promosi video berkaitan dengan kesihatan, penyelidikan, pendidikan dan dokumentari di HCTM TV.


Seksyen Fotografi

a) Perkhidmatan liputan fotografi profesional bagi program rasmi berkaitan dengan pentadbiran, pendidikan dan penyelidikan di HCTM.

b) Perkhidmatan fotografi profesional untuk penghasilan gambar kreatif secara rasmi bagi kegunaan penerbitan korporat, media dan pihak berkaitan.

c) Perkhidmatan rakaman gambar pesakit dan prosedur perubatan bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan.

d) Merekod/mengarkib setiap imej yang dirakam agar dapat dikawal selia penggunaannya serta memelihara dan memulihara segala bentuk gambar yang bernilai untuk dijadikan bahan sejarah pada masa akan datang.

 


Seksyen Audio visual & Fasiliti

a) Penyelenggaraan sound system, LCD projector, LED Screen, Skrin layar, TV siaran, Digital Notice Board, Seamless Digital Video Wall dan paging audio system.

b) Perkhidmatan sokongan teknikal audio visual bagi program rasmi melibatkan pengurusan tertinggi HCTM dan UKM.

c) Perkhidmatan pinjaman peralatan audio visual termasuk portable sound system, hailer dan televisyen bagi program rasmi HCTM.

d) Perkhidmatan sokongan khidmat nasihat berkaitan peralatan audio visual kepada kakitangan dan pelajar.

e) Perkhidmatan pengurusan permohonan dan kelulusan penggunaan fasiliti melalui Sistem Maklumat Pengurusan Ruang (SMPR) bagi penggunaan ruang di bawah seliaan JMP*.