Auditorium HCTM


Auditorium ini dilengkapi sepenuhnya dengan sistem audio visual berdefinisi tinggi dan kemudahan rakaman. Ia sesuai digunakan untuk Majlis Rasmi/Perhimpunan dan Pembelajaran. Auditorium ini mempunyai rekabentuk yang cantik dan mampu memuatkan 270 orang dalam satu masa.

Bilik Mesyuarat Bangunan Tambahan, Tingkat 3

Bilik Mesyuarat Bangunan Tambahan, Tingkat 3 ini dilengkapi sepenuhnya dengan sistem audio visual, dua (2) skrin layar, rostrum, mikrofon dan LCD projektor. Ia sesuai digunakan untuk mesyuarat, pembelajaran dan bengkel. Bilik Mesyuarat ini mempunyai rekabentuk yang cantik dan mampu memuatkan 80 orang dalam satu masa.

Dewan Serbaguna 1 & 2, Bangunan Tambahan

Dewan Serbaguna 1 & 2, Bangunan Tambahan ini dilengkapi sepenuhnya dengan sistem audio visual, skrin layar, papan putih (fleetchart), rostrum, mikrofon dan LCD projektor. Ia sesuai digunakan untuk kursus, seminar, pembelajaran dan bengkel. Dewan Serbaguna ini mampu memuatkan 120 orang untuk satu (1) dewan dalam satu masa.

Dewan Kuliah 1 & 2 (Blok Pendidikan)


Dewan Kuliah ini dilengkapi sepenuhnya dengan sistem audio visual, skrin layar, komputer, rostrum, mikrofon dan papan putih. Ia sesuai digunakan untuk pembelajaran dan bengkel. Dewan Kuliah ini mempunyai rekabentuk yang cantik dan mampu memuatkan 140 orang dalam satu masa.

Dewan Serbaguna Tingkat 9, Blok Klinikal

Dewan Serbaguna Tingkat 9, Blok Klinikal ini dilengkapi sepenuhnya dengan sistem audio visual, skrin layar, papan putih (fleetchart), rostrum,  dua (2) mikrofon dan LCD projektor. Ia sesuai digunakan untuk kursus, seminar, pembelajaran dan bengkel. Dewan Serbaguna ini mampu memuatkan 100 orang dalam satu masa.

Ruang Legar Galeri, Blok Pendidikan

Ruang Legar Galeri, Blok Pendidikan sesuai digunakan untuk majlis perhimpunan, majlis keraian, ruang pameran dan ruang makan. Ruang Legar Galeri ini mampu memuatkan 120 orang dalam satu masa.

Berminat untuk membuat tempahan ruang? Klik butang di bawah untuk tempahan.