Jabatan Multimedia dan Penyiaran (JMP) mengorak langkah kecemerlangan dengan pemantapan lima kepakaran utama dalam bidang multimedia dan teknologi yang terdiri daripada Penyiaran, Fotografi, Grafik, Percetakan serta Audio Visual & Fasiliti. JMP bertindak sebagai tulang belakang Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dalam pembangunan serta perkembangan teknologi terkini bagi tujuan pendidikan, penyelidikan serta pentadbiran.

JMP beriltizam untuk memperluaskan kemudahan perkhidmatan yang menepati keperluan seiring dengan visi HCTM untuk menjadi hospital pengajar tersohor dalam memberi perkhidmatan yang komprehensif serta memperkasakan penyelidikan dan pendidikan bagi kesejahteraan sejagat.