
Unit Pentadbiran Jabatan Multimedia dan Penyiaran (JMP) berperanan menguruskan segala urusan berkaitan pentadbiran am, sumber manusia, kewangan serta pengurusan pejabat. Bahagian ini juga bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan yang berkesan dengan mengoptimumkan sumber manusia secara cekap dan berkesan seiring dengan misi dan matlamat Jabatan. Antara fungsi unit pentadbiran JMP adalah seperti berikut:
a) Bertanggungjawab dalam segala aspek pengurusan pentadbiran pejabat termasuklah kursus dan latihan, cuti, kewangan, kebajikan dan kakitangan.
b) Merekod dan menyimpan dokumen termasuk urusan hal ehwal surat menyurat, urusan perjalanan fail, pembukaan dan penutupan fail.
c) Memastikan kekemasan, keceriaan, pengurangan hazard fizikal di tempat kerja serta penyampaian maklumat terbaru kepada kakitangan.
d) Mengoptimumkan penggunaan sumber dan mencegah pembaziran serta salah guna.