Sumbangan McDonald Cawangan Sunway Velocity dan Eco Bakery
Sebanyak 40 set makanan tengahari daripada McDonald Cawangan Sunway Velocity telah disumbangkan kepada petugas HCTM yang bertugas di Klinik Primer PPUKM Cheras. Selain McDonald, Eco Bakery telah menyumbangkan roti dan bun kepada HCTM dan telah diedarkan General ICU dan Covid ICU. Kedua-dua sumbangan ini telah diterima pada 30 Mac 2021 yang juga merupakan Hari Doktor Sedunia. Terima kasih diucapkan kepada McDonald dan Eco Bakery atas sokongan dan sumbangan yang diberikan


