PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT JABATAN KHIDMAT PELANGGAN – PEMBERSIHAN KERUSI RODA
Tarikh : 11 Julai 2025 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang – 4.30 Petang
Tempat : Tempat Letak Kereta Zon E, Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Jabatan Khidmat Pelanggan (JKP), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah berjaya melaksanakan Program Khidmat Masyarakat Siri 2 bagi tahun 2025 pada 11 Julai 2025. Program ini telah diadakan di Tempat Letak Kereta E, HCTM dan berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.
Program Khidmat Masyarakat ini bertujuan memastikan kerusi roda yang digunakan oleh pesakit HCTM sentiasa dalam keadaan bersih. Selain itu, memastikan kerusi roda itu berfungsi dengan baik dan selamat diguna oleh pesakit sepanjang berada dalam Kawasan HCTM. Justeru itu, kakitangan Jabatan Khidmat Pelanggan berpeluang untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan disamping memenuhi salah satu kriteria sumbangan khidmat masyarakat sekaligus seiring dengan Misi JKP itu sendiri. Aktiviti ini diadakan secara berkala dan penglibatan terhad untuk 15 orang sahaja.



