PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT JABATAN KHIDMAT PELANGGAN – GOTONG ROYONG MADANI SMTKL 2025
Tarikh : 19 Julai 2025 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi – 11.30 Pagi
Tempat : SM Teknik Kuala Lumpur, Cheras.
Jabatan Khidmat Pelanggan (JKP), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah bekerjasama dengan SM Teknik Kuala Lumpur (SMTKL) untuk mengadakan aktiviti Gotong-Royong Madani yang diadakan di sekolah tersebut. Program itu berlangsung dari jam 8.00 pagi hinga ke 11.30 pagi.
JKP telah menghantar seramai 6 orang wakil untuk bersama-sama dengan SMTKL bagi menjayakan Program Gotong Royong Madani ini. Tujuan program ini diadakan bagi menceriakan persekitaran SMTKL agar suasana nya dapat menerapkan ciri-ciri sekolah yang baik dan sempurna.
Pembahagian tugas diagihkan oleh urusetia SMTKL dan wakil JKP telah mengambil bahagian mengecat. Mereka mengecat grill di bahagian bawah dan tingkat satu bangunan tingkatan 4 sekolah itu.
Program Gotong Royong Madani mendapat sambutan luar biasa di kalangan pelajar, ibu bapa, cikgu dan ahli JKP sendiri. Semoga hasil kerjasama ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pihak HCTM dan SMTKL. Diharapkan akan ada peluang sebegini pada masa akan datang.



