PENGHARGAAN – Puan Roselin Mohamad Zabir
Adalah dimaklumkan bahawa Puan Roselin Mohamad Zabir telah menerima pujian dan penghargaan daripada pesakit dan waris pesakit iaitu Puan Hayati Mohamad Awal & Encik Mohamad Awal Mohd Noon di atas layanan mesra, prihatin dan profesional ketika membantu beliau dan ayahnya di Klinik Oftalmologi HCTM. Penama berpuas hati dengan dedikasi dan keprihatinan yang diberikan.
JKP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada kakitangan berkenaan di atas dedikasi anda dalam menjalankan tugas sekaligus meningkatkan imej hospital melalui tagline Better, Faster, Friendlier.
