PENGHARGAAN – Puan Nurnaemah Marudin

28 Apr 2026

Dimaklumkan bahawa Puan Nurnaemah Marudin telah menerima pujian dan penghargaan daripada seorang pesakit atas layanan yang mesra, prihatin dan profesional ketika membantu proses pemulihan semula akaun E-Pesakit di Kaunter Informasi HCTM. Pesakit tersebut menyatakan kepuasan terhadap bantuan yang diberikan.

Jabatan Khidmat Pelanggan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Nurnaemah atas dedikasi dan komitmen beliau dalam menjalankan tugas. Sumbangan beliau telah memperkukuh imej hospital dan mencerminkan nilai teras perkhidmatan kita iaitu Cekap, Pantas, Mesra. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan.

Search

+