Hari Mesra Pelanggan Hctm 2022: Jabatan Komunikasi Korporat Dan Khidmat Pelanggan
Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan telah membuka reruai sempena Hari Mesra Pelanggan, Minggu Kualiti HCTM di Lobi Utama pada 16 Jun 2022 yang lalu. Beberapa aktiviti telah dijalankan di reruai seperti pembukaan Kaunter Permohonan Mengemaskini Maklumat Pesakit di dalam Sistem C-Hets, Pendaftaran MyMed Info Patient Portal HCTM, sesi Ujibakat Pencarian Pengacara Majlis 2022 dan juga pameran. Reruai telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan dan juga pelawat hospital.




