Ceramah Motivasi bertajuk “Erti Sebuah Pengorbanan”
CHERAS, 7 Jun 2023 – Ceramah Motivasi bertajuk “Erti Sebuah Pengorbanan” yang disampaikan oleh Penceramah Jemputan Tuan Syamsul Debat bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1444H telah diadakan di Galeri Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar secara sederhana tetapi bermakna buat warga HCTM. Program kerohanian anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan telah diadakan bagi menyampaikan ilmu pengetahuan, memberi pemahaman, dan menghayati erti pengorbanan sebenar. Topik yang disampaikan amat bertepatan dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang dan penceramah bijak menggunakan situasi di tempat kerja sebagai contoh bagi memastikan mesej dan maksud pengorbanan sampai kepada warga yang hadir.
Program amat memberansangkan apabila kehadiran fizikal kakitangan ke program mencecah had seramai 320 orang warga HCTM dan 300 penonton di saluran youtube HCTM TV. Program dimeriahkan dengan kehadiran Profesor Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi & Sokongan), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Ketua-ketua Jabatan, dan Warga HCTM.
Orang awam dan warga HCTM UKM boleh menonton tayangan program di saluran Youtube HCTM : https://www.youtube.com/watch?v=1PAt-QgA3Oc&t=4465s