Sumbangan 50 pek makanan Iftar daripada Warong Bistro

13 Apr 2021

Sebanyak 50 pek makanan Iftar hari ini telah disumbangkan oleh Warong Bistro untuk kakitangan bertugas di General ICU dan di makmal Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik. Pihak kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. #HCTM #UKM #BetterFasterFriendlier

Sumbangan 210 biji roti & kek daripada Eco Bakery

13 Apr 2021

Sebanyak 210 biji pelbagai roti/kek daripada Eco Bakery telah diagihkan kepada kakitangan bertugas di Unit Forensik, Jabatan Perkhidmatan Makmla Diagnostik HCTM. Pihak kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. #HCTM #UKM #BetterFasterFriendlier

Sumbangan daripada McDonald’s Cawangan Desa Pandan

7 Apr 2021

Sumbangan berupa 40 set makanan daripada McDonald’s Cawangan Desa Pandan telah diserahkan kepada HCTM semalam. Sumbangan diedarkan kepada kakitangan bertugas di Jabatan Pengimejan Molekul dan Perubatan Nuklear. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan. #HCTM #UKM #BetterFasterFriendlier

Sumbangan McDonald Cawangan Sunway Velocity dan Eco Bakery

31 Mar 2021

Sebanyak 40 set makanan tengahari daripada McDonald Cawangan Sunway Velocity telah disumbangkan kepada petugas HCTM yang bertugas di Klinik Primer PPUKM Cheras. Selain McDonald, Eco Bakery telah menyumbangkan roti dan bun kepada HCTM dan telah diedarkan General ICU dan Covid ICU. Kedua-dua sumbangan ini telah diterima pada 30 Mac 2021 yang juga merupakan Hari Doktor Sedunia. Terima kasih diucapkan kepada McDonald dan Eco Bakery atas sokongan dan sumbangan yang diberikan

Sumbangan Warong Bistro dan The HOPE untuk Klinik Primer PPUKM

31 Mar 2021

Sebanyak 65 pek nasi berlauk daripada Warong Bistro and 195 cawan ‘instant pasta’ daripada The HOPE Branch telah disumbangkan kepada kakitangan HCTM yang bertugas di Klinik Primer PPUKM Cheras hari ini (29 Mac 2021). #HCTM #UKM #BetterFasterFriendlier

Sumbangan daripada McDonald Cawangan Desa Pandan

16 Mar 2021

CHERAS, 16 Mac 2021 – Sebanyak 40 set makanan tengahari daripada McDonald Cawangan Desa Pandan telah disumbangan kepada kakitangan yang bertugas di Pusat Vaksinasi HCTM pada hari ini. Wakil MacDonald, Puan Farhana & Cik Suriani telah menyerahkan sumbangan ini kepada wakil pusat iaitu Puan Sumaiyah dan KJ Siti Rokiah. Sumbangan ini merupakan simbolik sokongan berterusan McDonald kepada frontliners HCTM dan juga Program Imunisasi Vaksin Covid-19 yang sedang dijalankan.

Sumbangan daripada Kembara Kitchen

9 Mar 2021

Kembara Kitchen telah memberikan sumbangan sebanyak 40 karton air kotak kelapa dan 160 biji kek moist dan citrus green velvet kepada HCTM petang semalam.

1 2 3

Search

+