Jualan Amal Buku-Buku Terpakai 2022
Pada 8 dan 9 Jun 2022 yang lalu, Unit Komunikasi Korporat dan Media JKKKP telah menjalankan Jualan Amal Buku-Buku Terpakai di Ruang Galeri, Blok Pendidikan. Jualan yang berlangsung selama dua hari ini berjaya menjual lebih 300 buah buku dan meraih hasil sebanyak RM1,392. Hasil jualan akan disumbangkan ke dalam Tabung Pesakit HCTM. Terima kasih diucapkan kepada Unit Pengurusan Acara JKKKP dan Jabatan Kewangan atas bantuan sepanjang jualan berlangsung. Tidak lupa juga kepada penyumbang dan pembeli buku-buku terpakai dalam menjayakan jualan amal ini.



























