HARI KUALITI 2025 “Quality: Think Differently”

27 Jan 2026

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menganjurkan Hari Kualiti 2025 pada 12 dan 13 November 2025 dengan penuh jayanya. Sambutan bertemakan “Quality: Think Differently” ini selaras sepenuhnya dengan tema Hari Kualiti Sedunia bertujuan memupuk budaya pemikiran berbeza serta komitmen berterusan terhadap kecemerlangan perkhidmatan kesihatan.

Jabatan Khidmat Pelanggan (JKP) HCTM turut mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti sepanjang program tersebut, antaranya mengendalikan **Reruai Hari Mesra Pelanggan** serta menyumbang kepada hiasan dan dekorasi Hari Kualiti. Reruai berkenaan menumpukan tiga aspek utama:

  1. Pendaftaran dan muat turun aplikasi ePesakit HCTM

Aktiviti ini mendapat sambutan amat menggalakkan apabila seramai 8,913 individu berjaya mendaftar dan mula menggunakan aplikasi tersebut. Penggunaan aplikasi ePesakit HCTM amat digalakkan oleh pihak hospital kerana ia menjadi saluran utama bagi pesakit menguruskan janji temu, mengakses rekod perubatan serta menerima maklumat terkini secara selamat dan mudah. Transisi penuh kepada digitalisasi maklumat rawatan pesakit dijadualkan bermula pada Jun 2026 dan secara tidak langsung menjadikan aplikasi ini elemen penting dalam ekosistem penjagaan kesihatan di HCTM.

  1. Kajian Kepuasan Pelanggan

Melalui kajian ini, JKP menerima pelbagai maklum balas positif serta cadangan penambahbaikan yang membantu meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan secara komprehensif.

  1. Kemaskini Maklumat Pesakit

Usaha berterusan memastikan data pesakit sentiasa tepat dan terkini bagi memudahkan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

Pada hari kedua sambutan, iaitu 13 November 2025 (Khamis), Majlis Anugerah Bitara dan Inspirasi Kualiti Hospital Canselor Tuanku Muhriz diadakan dengan meriah di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. JKP telah menghantar pencalonan untuk beberapa kategori yang dipertandingkan. Hasil daripada pencalonan tersebut, Jabatan Khidmat Pelanggan berjaya memenangi dua anugerah dengan bergaya. Anugerah -anugerah yang dimenangi adalah

  1. Anugerah Bitara Kelestarian 2025 (Kategori Pusat Tanggungjawab – Pentadbiran)
  2. Anugerah Bitara Keterlibatan Masyarakat HCTM 2025 (Kategori Berkumpulan/Individu – Pentadbiran)

Encik Mohd Afandi Ismail telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bitara Keterlibatan Masyarakat HCTM 2025 (Kategori Berkumpulan/Individu – Pentadbiran).

Pihak pengurusan JKP HCTM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada waerga JKP. Kejayaan ini bukan sahaja mengiktiraf usaha gigih Jabatan Khidmat Pelanggan, malah menjadi pemangkin kepada komitmen berterusan dalam memperkukuhkan budaya kecemerlangan, kelestarian serta keterlibatan masyarakat di HCTM.

Sambutan Hari Kualiti 2025 ini mencerminkan dedikasi seluruh warga HCTM dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi, berinovasi dan berorientasikan pesakit, selaras dengan hasrat yang dimaksudkan dalam visi HCTM.

PENGHARGAAN – Puan Roselin Mohamad Zabir

27 Jan 2026

Adalah dimaklumkan bahawa Puan Roselin Mohamad Zabir telah menerima pujian dan penghargaan daripada pesakit dan waris pesakit iaitu Puan Hayati Mohamad Awal & Encik Mohamad Awal Mohd Noon di atas layanan mesra, prihatin dan profesional ketika membantu beliau dan ayahnya di Klinik Oftalmologi HCTM. Penama berpuas hati dengan dedikasi dan keprihatinan yang diberikan.

JKP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada kakitangan berkenaan di atas dedikasi anda dalam menjalankan tugas sekaligus meningkatkan imej hospital melalui tagline Better, Faster, Friendlier.

UCAPAN TAHNIAH : PERKHIDMATAN ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG.

22 Jul 2025

Jabatan Khidmat Pelanggan (JKP) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menzahirkan rasa bangga mengucapkan tahniah kepada lapan orang warga jabatan yang terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2024, iaitu:

  1. Encik Irwan Hafizie Idris
  2. Cik Siti Khadijah Sitam
  3. Puan Nurul Hanim Md. Farid
  4. Puan Azian Azwa Zainudin
  5. Puan Norzubaidah Ramli
  6. Puan Amirah Falihin Azaman
  7. Puan Nor Aini Khalil
  8. Puan Nur Farehin Mohd Ghazali

Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi ke atas khidmat cemerlang, komitmen yang tidak berbelah bahagi serta dedikasi yang konsisten dalam melaksanakan tugas sepanjang tempoh perkhidmatan. Pemilihan penerima anugerah ini mencerminkan kecemerlangan peribadi dan profesionalisme mereka dalam menyumbang ke arah mencapai misi dan visi Jabatan Khidmat Pelanggan (JKP) serta Hospital Canselor Tuanku Muhriz secara holistik.

Pihak jabatan dengan penuh takzim merakamkan penghargaan atas pencapaian ini.  Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memberi sumbangan terbaik bagi kecemerlangan organisasi.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan ke atas kejayaan yang membanggakan ini.

Tahniah – Encik Ahmad Zamri Noordin

10 Oct 2024

Tahniah Encik Ahmad Zamri Noordin atas Anugerah PERTADI 2023 (Khidmat Komuniti & Kesukarelawan) dari Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas pada 8 Mei 2024.

 

Nur Umairah Patricia Abdullah & Suriyati Sulaiman

27 Dec 2022

Adalah dimaklumkan bahawa Puan Nur Umairah Patricia Abdullah dan Cik Suriyati Sulaiman telah menerima pujian dan penghargaan daripada pelawat yang bernama Puan Lai Shwu Fen atas penyampaian perkhidmatan terbaik. JKKKP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada kakitangan berkenaan di atas dedikasi anda dalam menjalankan tugas sekaligus meningkatkan imej hospital melalui tagline Better, Faster, Friendlier.

Nur Umairah Patricia Abdullah

21 Oct 2022

Adalah dimaklumkan bahawa Puan Nur Umairah Patricia Abdullah telah menerima pujian dan penghargaan daripada pelawat yang bernama Puan Nurain Yusran atas penyampaian perkhidmatan terbaik. JKKKP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada kakitangan berkenaan di atas dedikasi anda dalam menjalankan tugas sekaligus meningkatkan imej hospital melalui tagline Better, Faster, Friendlier.

Encik Muhammad Nazin Muhammad Nazari

22 Aug 2022

Adalah dimaklumkan bahawa Encik Muhammad Nazin Muhammad Nazari telah menerima pujian dan penghargaan daripada pesakit dan penjaganya yang bernama Puan Hafsah Ahmad atas penyampaian perkhidmatan terbaik. JKKKP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada kakitangan berkenaan di atas dedikasi anda dalam menjalankan tugas sekaligus meningkatkan imej hospital melalui tagline Better, Faster, Friendlier.

Nur Umairah Patricia Abdullah

3 Aug 2022

Adalah dimaklumkan bahawa Puan Nur Umairah Patricia Abdullah telah menerima pujian dan penghargaan daripada pelawat yang bernama Encik Jesse Nathan atas penyampaian perkhidmatan terbaik. JKKKP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada kakitangan berkenaan di atas dedikasi anda dalam menjalankan tugas sekaligus meningkatkan imej hospital melalui tagline Better, Faster, Friendlier.

Kakitangan Kesihatan HCTM & HPKK

3 Aug 2022

Adalah dimaklumkan bahawa

  1. Prof. Madya Dr. Bilkis Banu Abd Aziz, Pakar Paediatrik
  2. Dr. Joyce Hong Soo Synn, Pakar Endokrinologi
  3. Dr. Adli Ali, Pakar Immunologi
  4. Jabatan ENT, Unit Audiologi
  5. Klinik SCN
  6. Dr Ufa
  7. Dr. Aquilah binti Abdul Latip, Houseman UD41
  8. PICU/PHDU Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK)
  9. NICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
  10. Wad Paediatrik 1, HPKK

telah menerima pujian dan penghargaan daripada penjaga pesakit yang bernama Muhammad Edwan bin Shaharir dan Aishah Bazlah atas penyampaian perkhidmatan terbaik. JKKKP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada kakitangan berkenaan di atas dedikasi anda dalam menjalankan tugas sekaligus meningkatkan imej hospital melalui tagline Better, Faster, Friendlier.

Muhammad Nazin Muhammad Nazari

21 Jul 2022

Adalah dimaklumkan bahawa Encik Muhammad Nazin Muhammad Nazari telah menerima pujian dan penghargaan daripada pesakit dan penjaganya yang bernama Puan Aminah Shahiri dan Encik A. Aziz Ramlee atas penyampaian perkhidmatan terbaik. JKKKP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada kakitangan berkenaan di atas dedikasi anda dalam menjalankan tugas sekaligus meningkatkan imej hospital melalui tagline Better, Faster, Friendlier.

1 2

Search

+