PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT SIRI 1 JABATAN KHIDMAT PELANGGAN, HCTM

9 Jul 2025

Jabatan Khidmat Pelanggan (JKP), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah  berjaya melaksanakan Program Khidmat Masyarakat Siri 1 bagi tahun 2025 pada 4 Julai  2025. Program ini telah diadakan di Bilik Pengurusan Jenazah, Jabatan Forensik, HCTM  dan berlangsung dari jam 3.30 petang hingga 5.00 petang. 

Seramai 15 orang kakitangan JKP telah menyertai program ini dalam aktiviti gotong royong pembersihan kawasan pengurusan jenazah. Di samping itu, seramai 55 orang  kakitangan lain turut menyumbang wang tunai dan barangan keperluan, sebagai tanda  sokongan dan keprihatinan terhadap kemudahan pengurusan jenazah hospital. 

Jumlah sumbangan wang tunai yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM640.00.  Keseluruhan jumlah ini telah digunakan untuk membeli barangan keperluan khusus bagi  pengurusan jenazah di Surau Ibnu Sina, HCTM. 

Majlis simbolik penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Khidmat  Pelanggan, En. Ahmad Zamri Noordin kepada Bendahari Surau Ibnu Sina, En.  Shaharuddin Rosni, yang turut bertindak sebagai pegawai pemantau aktiviti pengurusan  jenazah. Majlis penyerahan telah berlangsung pada jam 3.00 petang, sebelum aktiviti  gotong-royong bermula. 

Program ini merupakan permulaan kepada beberapa siri khidmat masyarakat yang telah  dirancang oleh Jabatan Khidmat Pelanggan sepanjang tahun ini, dengan objektif utama  untuk memupuk semangat kesukarelawanan, menyemai nilai keprihatinan, serta  mempereratkan hubungan silaturahim antara warga kerja HCTM. 

Program KPT PRIHATIN MADANI – Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu

10 Oct 2024

Pada 31 Ogos 2024 telah berlangsungnya program kris prihatin madani di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor, Selangor. Antara aktiviti-aktiviti utama Program adalah program saringan kesihatan, ziarah kasih (home visit), dan aktiviti kanak-kanak seperti demostrasi penjagaan gigi dan cucian tangan serta permainan kuiz kesihatan kanak-kanak. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Khidmat Pelanggan di bawah seliaan Ketua Jabatan Encik Ahmad Zamri Bin Noordin, diketuai oleh En. Affandi Ismail dan En. Irham Abdullah bersama 26 urusetia yang terlibat daripada kakitangan Jabatan Khidmat Pelanggan, Jabatan Kejururawatan, Jabatan Fisioterapi bersama 4 Orang doktor dengan pihak pengurusan Felda Gedangsa. Aktiviti dimulakan pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.

 

 

Program ‘M Untuk Meow’ sempena Sambutan Hari Kucing Sedunia

22 Aug 2023

Rakaman lensa Program ‘M Untuk Meow’ sempena Sambutan Hari Kucing Sedunia anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan (JKKKP) telah diadakan pada 17 Ogos 2023 bertempat di Dewan Serbaguna 1, Bangunan Blok Tambahan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi kepada warga UKM khususnya kepada pencinta dan pemilik kucing mengenai penjagaan dan pemakanan kucing. Sesi perkongsian mengenai asas penjagaan kucing telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Naim Md Kasim, doktor veterinar dari Kitty’s Care. Manakala, Dr. Ayesha Shafinaz Azlan, Scientific Communication Manager, Royal Canin Malaysia berkongsi tentang pemakanan kucing.

Royal Canin turut menyediakan ‘doorgift’ kepada warga UKM yang hadir ke program tersebut. Program yang berlangsung selama 2 jam ini telah menerima sambutan yang meriah terutamanya penglibatan warga dalam kuiz (kahoot). Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih juga kepada Warong Bistro di atas sumbangan juadah ringan untuk para peserta program ini.

Ceramah Motivasi bertajuk “Erti Sebuah Pengorbanan”

8 Jun 2023

CHERAS, 7 Jun 2023 – Ceramah Motivasi bertajuk “Erti Sebuah Pengorbanan” yang disampaikan oleh Penceramah Jemputan Tuan Syamsul Debat bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1444H telah diadakan di Galeri Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar secara sederhana tetapi bermakna buat warga HCTM. Program kerohanian anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan telah diadakan bagi menyampaikan ilmu pengetahuan, memberi pemahaman, dan menghayati erti pengorbanan sebenar. Topik yang disampaikan amat bertepatan dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang dan penceramah bijak menggunakan situasi di tempat kerja sebagai contoh bagi memastikan mesej dan maksud pengorbanan sampai kepada warga yang hadir.

Program amat memberansangkan apabila kehadiran fizikal kakitangan ke program mencecah had seramai 320 orang warga HCTM dan 300 penonton di saluran youtube HCTM TV. Program dimeriahkan dengan kehadiran Profesor Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi & Sokongan), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Ketua-ketua Jabatan, dan Warga HCTM.

Orang awam dan warga HCTM UKM boleh menonton tayangan program di saluran Youtube HCTM : https://www.youtube.com/watch?v=1PAt-QgA3Oc&t=4465s

Jualan Amal Buku-Buku Terpakai 2022

20 Jun 2022

Pada 8 dan 9 Jun 2022 yang lalu, Unit Komunikasi Korporat dan Media JKKKP telah menjalankan Jualan Amal Buku-Buku Terpakai di Ruang Galeri, Blok Pendidikan. Jualan yang berlangsung selama dua hari ini berjaya menjual lebih 300 buah buku dan meraih hasil sebanyak RM1,392. Hasil jualan akan disumbangkan ke dalam Tabung Pesakit HCTM. Terima kasih diucapkan kepada Unit Pengurusan Acara JKKKP dan Jabatan Kewangan atas bantuan sepanjang jualan berlangsung. Tidak lupa juga kepada penyumbang dan pembeli buku-buku terpakai dalam menjayakan jualan amal ini.

Program Khidmat Masyarakat Unit Khidmat Pelanggan – Pembersihan Kerusi Roda

24 Mar 2021
CHERAS, 19  Februari 2021 – Program Khidmat Masyarakat Membersihkan Kerusi Roda adalah inisiatif Unit Khidat Pelanggan JKKKP bagi memastikan kerusi roda yang digunakan oleh pesakit HCTM sentiasa dalam keadaan bersih. Program ini juga sebagai langkah bagi membendung penularan wabak COVID-19. Selain itu, kakitangan Unit Khidmat Pelanggan khasnya berpeluang untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan disamping memenuhi salah satu kriteria dalam penilaian kakitangan. Aktiviti ini diadakan secara berkala dan penglibatan terhad untuk 20 orang sahaja

 

Program Khidmat Masyarakat Membersihkan Surau Ibnu Sina HCTM

24 Mar 2021
CHERAS, 19 Februari 2021 – Seramai 10 orang kakitangan Unit Khidmat Pelanggan, JKKKP terlibat dalam program membersihkan Surau Ibnu Sina HCTM. Program ini diadakan untuk memastikan surau sentiasa bersih, membendung penularan wabak Covid-19 serta memberi peluang kepada kakitangan memenuhi kriteria kemasyarakatan dalam penilaian kakitangan.
 

 

1 2

Search

+