Lawatan Kerja Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan ke Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)

7 Feb 2024

Lawatan kerja Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan ke Unit Protokol dan Pengurusan Acara (UPA) dan Unit Komunikasi Strategik (UKAS) MINDEF telah diadakan pada 6 Februari 2024 (Selasa). Lawatan ini bertujuan bertukar pandangan dan pengalaman dalam bidang komunikasi dan hubungan korporat serta pengurusan media dan pengurusan majlis serta protokol untuk memantapkan perkhidmatan melalui benchmaking berkaitan imej dan identiti pengkorporatan dalam budaya organisasi. Seramai 20 orang kakitangan daripada tiga unit telah menyertai lawatan kerja ini.

Persembahan Kebudayaan Tradisional Malaysia

23 Aug 2023

Persembahan Kebudayaan Tradisional Malaysia bersempena Program Semarak Kemerdekaan anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan telah diadakan pada 22 Ogos 2023 bertempat di Lobi Utama, Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Acara dimulakan dengan persembahan seni gamelan dari Kumpulan Astraloka Enterprise diikuti dengan bengkel instrumen gamelan. Antara instrumen yang digunakan adalah Bonang, Saron Pekin, Saron Baron, Gendang dan Gong. Program berlangsung selama 2 jam ini mendapat sambutan yang hebat. Program dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) bagi memberi sokongan kepada penganjuran program tersebut. Selain dari seni persembahan gamelan, turut diadakan peraduan ‘Teka dan Menang’ iaitu aktiviti meneka jumlah guli dalam balang. Para pemenang yang berjaya diumumkan sejurus selepas majlis selesai.

Antara yang hadir dalam program ini ialah Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) HCTM, Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) HCTM, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar HCTM, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Bin Md. Zainuddin, Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Warga UKM dan Orang Awam.

Pertandingan Sukan Rakyat

23 Aug 2023
Pertandingan Sukan Rakyat anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan bersempena Program Semarak Kemerdekaan telah diadakan pada 18 Ogos 2023 bertempat di Ruang Galeri, Blok Pendidikan Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Aktiviti telah dimulakan seawal jam 11.00 pagi dengan pertandingan Sepak Bulu Ayam. Pertandingan sepak bulu ayam dikhaskan buat kakitangan lelaki manakala Pertandingan Congkak untuk wanita.
Seramai 32 orangan kaitangan wanita telah mengambil bahagian pertandingan congkak dan dianggarkan 50 orang kakitangan lelaki telah mngambil bahagian dalam pertandingan sepak bulu ayam. Penyertaan bagi setiap kategori disambut meriah dari pelbagai jabatan. Selain pertandingan congkak dan sepak bulu ayam, bowling kampung juga disediakan untuk kakitangan mencuba permainan tersebut.
Semoga dengan kemeriahan ini, mampu menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam warga HCTM yang akan disambut pada 31 Ogos 2023 nanti.

Program ‘M Untuk Meow’ sempena Sambutan Hari Kucing Sedunia

22 Aug 2023

Rakaman lensa Program ‘M Untuk Meow’ sempena Sambutan Hari Kucing Sedunia anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan (JKKKP) telah diadakan pada 17 Ogos 2023 bertempat di Dewan Serbaguna 1, Bangunan Blok Tambahan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi kepada warga UKM khususnya kepada pencinta dan pemilik kucing mengenai penjagaan dan pemakanan kucing. Sesi perkongsian mengenai asas penjagaan kucing telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Naim Md Kasim, doktor veterinar dari Kitty’s Care. Manakala, Dr. Ayesha Shafinaz Azlan, Scientific Communication Manager, Royal Canin Malaysia berkongsi tentang pemakanan kucing.

Royal Canin turut menyediakan ‘doorgift’ kepada warga UKM yang hadir ke program tersebut. Program yang berlangsung selama 2 jam ini telah menerima sambutan yang meriah terutamanya penglibatan warga dalam kuiz (kahoot). Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih juga kepada Warong Bistro di atas sumbangan juadah ringan untuk para peserta program ini.

Ujibakat Pencarian Pengacara Majlis 2022 Peringkat HCTM

20 Jun 2022

Pada 16 Jun 2022 yang lalu, Ujibakat Pencarian Pengacara Majlis 2022 Peringkat HCTM telah diadakan di Aras G, Ruang Klinik Pediatrik. Platform ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat terpendam warga HCTM dalam bidang pengacaraan. Seramai 15 orang peserta dan 3 orang juri telah menjayakan sesi ujibakat ini. Salah seorang juri, Harits Asyraf Hasnan daripada Astro Awani telah diundang khas untuk ujibakat ini. Turut hadir memberikan sokongan En. Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) HCTM.

Webinar ‘Covid – 19: Am I at Risk? Do I Need To Be Vaccinated’

31 Mar 2021

Seramai 200 kakitangan Takaful Ikhlas General Berhad telah menyertai Webinar ‘Covid – 19: Am I at Risk? Do I Need To Be Vaccinated’ yang diadakan pagi tadi melalui aplikasi Zoom. Ceramah telah disampaikan oleh Dr Sharifah Azura Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi HCTM. Webinar ini merupakan anjuran Takaful Ikhlas General Berhad dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat & Media, Jabatan Komunikasi Korporat & Khidmat Pelanggan HCTM. #HCTM#UKM#BetterFasterFriendlier

Lawatan ke Starbuck Reserved Store Berjaya Times Square

1 Oct 2020

KUALA LUMPUR, 1 Oktober – Seramai 6 orang kakitangan JKKKP telah menghadiri lawatan ke Starbuck Reserved Store di Berjaya Times Square hari ini. Kehadiran delegasi disambut baik oleh En. Hadi selaku pengurus kedai berkenaan. Kehadiran delegasi ke kedai ini adalah bersempena dengan Hari Kopi Sedunia yang jatuh pada setiap 1 Oktober. Kakitangan JKKP yang terpilih untuk lawatan ini adalah kakitangan yang bertugas sebagai pengiring VIP yang datang membuat rawatan di HCTM.

Mereka telah diberi penerangan ringkas mengenai sejarah Starbuck dan rekabentuk duyung pada logo Starbuck. Barista Starbuck yang bertugas memberi tunjuk ajar mengenai perbezaan gred biji kopi dan jenis kopi untuk dicuba. Mereka turut menunjukkan cara penyediaan kopi dan menghirup kopi dengan betul. Selain itu, mereka turut memberitahu menu-menu di Starbuck akan bertukar hampir dua bulan sekali mengikut empat musim. Sesi ini diadakan selama satu jam dan perkongsian ini walaupun ringkas namun menarik.

Lawatan Kerja ke HTA

1 Oct 2020

KUALA LUMPUR, 17 September – Lawatan Kerja ke Hospital Tunku Azizah telah diadakan untuk mendapatkan maklumat mengenai program sukarelawan yang dijalankan di hospital tersebut. Seramai 4 orang wakil Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan HCTM yang terdiri daripada ketua jabatan, Puan Yasmin Nan Rahimi, Siti Fairuz Mohd Saad, Mohd Irham Bin Abdullah dan Mohd Aidil Md Hatar telah disambut oleh Unit Komunikasi Korporat hospital tersebut. Perbincangan selama sejam setengah ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengendalian program sukarelawan di Hospital Tunku Azizah dan bertukar-tukar cadangan serta pendapat. Setelah selesai sesi perbincangan, delegasi telah dibawa melawat kawasan untuk melihat fasiliti disana.

Sesi Perkongsian Ilmiah diadakan santai tetapi bermakna

25 Sep 2020

CHERAS, 25 September – Sesi Latihan Dalaman JKKKP telah diadakan secara tertutup selama satu jam di Bilik Mesyuarat Jabatan Multimedia Penyiaran HCTM. Ceramah yang bertajuk “WHAT DOES FOOD CONTENT TELL YOU” telah disampaikan oleh Miss Loo Mei Fong, Diabetes Educator daripada Sanofi-aventis Malaysia Sdn Bhd. Seramai 30 orang peserta termasuk kakitangan JKKKP dan kenalan-kenalan rapat telah hadir ke ceramah yang ringkas tetapi bermakna. Sesi perkongsian dianjurkan untuk memberikan maklumat dan pengetahuan kepada peserta mengenai cara-cara membaca label pada bekas atau plastik makanan serta mengajar cara pemilihan makanan yang bijak. Walaupun, sesi perkongsian ini hanya satu jam, namun aktiviti membaca lebal makanan bersama peserta turut diselitkan.

Search

+