Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil.1/2021
CHERAS, 12 Mac 2021 – Majlis Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil.1/2021 telah diadakan secara atas talian dengan menggunakan platform YouTube dan Facebook. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan yang pertama pengarah HCTM yang baharu, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin memberikan ucapan. Berucap dalam majlis, beliau memaklumkan banyak peningkatan telah dilakukan sejak mantan pengarah, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid memperkasakan taglineBatter, Faster, Friendlier untuk dijadikan teras dalam meningkatkan perkhidmatan. Ia dapat dilihat dengan peningkatan jumlah surat-surat penghargaan yang diterima sejak kebelakangan ini. Penambahaikan lain yang telah dilakukan antaranya penukaran dan penggantian aset-aset perubatan, projek penambahbaikan infrastuktur dan kemudahan parkir bertingkat. Rakaman perhimpunan boleh ulang tayang di YouTube rasmi HCTM. Majlis diakhiri dengan tayang rakaman video Kumpulan Pertama Penerima Vaksin Covid-19 dan sesi fotografi.































