Sembang Santai Perpisahan Kakitangan – Puan Hafizah Mohamad Isa

28 May 2021

Sembang Santai Perpisahan Kakitangan – Puan Hafizah Mohamad Isa telah diadakan pada 27 Mei 2021, 3.30 petang secara atas talian di platform GoogleMeet. Puan Hafizah bertugas di Unit Khidmat Pelanggan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan selama setahun lima bulan dan akan bertukar penempatan ke Jabatan Psikiatri mulai 1 Jun 2021 ini. Sesi ini diadakan bagi memberi peluang kepada rakan-rakan setugas memberikan ucapan dan ramah mesra bersama Puan Hafizah.  Ucapan aluan dimulakan dengan Puan Aliza Mansor, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan dan ucapan daripada Puan Hafizah serta rakan-rakan. Moderator sesi ialah Encik Muhamad Khairi Khalis, Ketua Unit Khidmat Pelanggan. Kami di JKKKP mendokan Puan Hafizah selamat maju jaya dan selamat menjalankan tugas di tempat yang baharu. 

Program Ihya’ Semarak Ramadan Jalinan Kasih anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan (JKKKP)

10 May 2021

Program Ihya’ Semarak Ramadan Jalinan Kasih anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan (JKKKP) telah diadakan pada 30 April 2021 dengan menyampaikan 400 pek bubur lambuk kepada warga HCTM. Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Aliza Mansor, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan kepada kakitangan di Pejabat Pengarah, Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Multimedia dan Penyiaran, Unit Forensik JPMD, CSSD, Kaunter Keselamatan, dan Unit Telekar. Aktiviti ini merupakan program khidmat masyarakat JKKKP sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak.

Sumbangan 150 pek makanan iftar daripada Live Consistant Sdn Bhd

5 May 2021

Sumbangan sebanyak 150 pek makanan iftar daripada Live Consistant Sdn Bhd telah disumbangakan pada 4 Mei 2021. Sumbangan diagihkan kepada kakitangan bertugas di Klinik Ortopedik, Klinik ENT dan Prasarana. Agihan telah disampaikan melalui Unit Komunikasi Korporat dan Media kepada wakil-wakil klinik yang terlibat.

CIPLA Malaysia Sdn Bhd Sumbang Set PPE dan Hand Sanitizer

28 Apr 2021

CIPLA Malaysia Sdn Bhd hari ini telah menyumbangkan sebanyak 60 kotak perisai muka dan 30 kotak isolation gown pada 22 April yang lalu. Selain itu syarikat juga turut menyumbangkan 4 botol hand sanitizer bersama-sama standee untuk kegunaan awam dan kakitangan. Set PPE telah diserahkan kepada Stor Pusat dan hand sanitizer berserta standee telah diserahkan kepada Jabatan Farmasi untuk diletakkan di kawasan yang sesuai. Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan. #HCTM#UKM#BetterFasterFriendlier

Bicara Santai HCTM Siri 1 /2021

26 Apr 2021

Bicara Santai HCTM Siri 1/2021 telah diadakan pada 26 April 2021 pada jam 2.30 petang dengan penyertaan kakitangan seramai 296 orang melalui aplikasi Zoom. Dua topik telah dibincangkan dalam bicara ini bersama tiga orang panel jemputan iaitu Puan Wan Fatimah, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, En. Hairol Azman, Unit Forensik JPMD, Ustaz Hasrizal, Pusat Islam KKL. Tajuk yang dibincangkan ialah ‘Apakah prosedur dan cara-caranya sekiranya waris atau kakitangan meninggal dunia secara tiba-tiba pada waktu cuti umum di wad HCTM’ dan ‘Bagaimana sekiranya kakitangan Kampus Kuala Lumpur meninggal dunia semasa bertugas atau di luar hospital?’. Program ini merupakan program pertama atas talian anjuran Unit Pengurusan Acara, Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan. 

Majlis Semarak Sambutan Ramadhan Al-Mubarak JKKKP

5 Apr 2021

Majlis Semarak Sambutan Ramadhan Al-Mubarak JKKKP yang dianjurkan pada 2 April 2021, jam 3.00 petang merupakan program pertama sejak penggabungan Unit Acara & Protokol dan Jabatan Khidmat Pelanggan. Objektif penganjuran majlis adalah untuk meraikan kedatangan bulan Ramadhan dan juga merapatkan silaturrahim antara kakitangan. Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Aliza Mansor, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan (JKKKP). Seterusnya tazkirah disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Hassan daripada Pusat Islam KKL. Kemuncak program yang dinantikan ialah acara menjamu selera. Seiring dengan jamuan makan, sesi penyampaian Anugerah Istimewa Kakitangan ‘Beyond Expectation’, sesi kuiz dan permainan minda turut diselitkan.

Jemputan Webinar Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2021

31 Mar 2021

Jemputan Webinar Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2021  

Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2021 pada 7 April ini, Unit Komunikasi Korporat dan Media JKKKP akan menganjurkan webinar bertajuk ‘Concept of Carbohydrate Exchange – Learn More & Get it Right!’. Maklumat webinar adalah seperti berikut: 

Tarikh: 12 April 2021
Masa: 14.30 tengahari – 15.30 tengahari
Aplikasi: FB LIVE HCTM (https://www.facebook.com/HCTM.UKM)

Objektif penganjuran adalah untuk memberikan maklumat dan kesedaran kesihatan kepada awam. Semua warga HCTM dan awam dijemput untuk menonton ceramah ini secara Live.

Jualan Krispy Kreme Sempena Hari Doktor Sedunia

31 Mar 2021

Sempena Hari Doktor yang akan disambut pada 30 Mac 2021 (Selasa), Unit Komunikasi Korporat dan Media telah menjemput Krispy Kreme untuk membuka kiosk jualan di Lobi Pelawat HCTM. Warga HTCM berpeluang mendapatkan diskaun sebanyak 10% ketika membuat pembelian Krispy Kreme dengan menunjukkan kad pekerja/pelajar UKM. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila kakitangan dan orang awam telah beratur awal dihadapan kiosk. Jualan dibuka bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Ini merupakan program kerjasama pertama HCTM bersama Krispy Kreme.

Webinar ‘Eat Right’ jaringan kerjasama Dutch Lady Milk Industries Bhd dan JKKKP

25 Mar 2021

Seramai 86 kakitangan Dutch Lady Milk Industries Bhd telah menyertai Webinar ‘Eat Right – Sustaining Your Energy Levels in Downtime’ yang diadakan semalam melalui aplikasi Zoom. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Aznida Juhari, Ketua Unit Perkhidmatan Enteral (Dewasa) di Jabatan Perkhidmatan Dietetik & Sajian Makanan HCTM. Webinar ini merupakan anjuran Dutch Lady Milk Industries Bhd dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat & Media, Jabatan Komunikasi Korporat & Khidmat Pelanggan HCTM.

1 3 4 5 6

Search

+