Sumbangan daripada En. Mohd Zharif bin Mohd Amin yang diwakili oleh Dato’ Farriq Mohd Zharif (Naib Ketua UMNO Bahagian Gombak)
Sumbangan sebanyak 11 unit 10 Litres Dual Flow Oxygen Concentrator daripada En. Mohd Zharif bin Mohd Amin yang diwakili oleh Dato’ Farriq Mohd Zharif (Naib Ketua UMNO Bahagian Gombak) telah diterima oleh Prof. Dr. Tan Toh Leong wakil dariapda Jabatan Kecemasan. Sumbangan yang diberikan oleh syarikat tersebut dapat membantu barisan hadapan yang bertungkus-lumus menangani jangkitan Wabak COVID-19. Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan. #HCTM#UKM#BetterFasterFriendlier
Penerbitan Kandungan kreatif Lensa dan Banteras Covid-19 daripada pihak FINAS di HCTM
Pada 15 Julai 2021 yang lalu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Bahagian Kreatif dan Teknikal telah menjalankan penerbitan kandungan kreatif Lensa Nasional dan Banteras Covid-19 yang akan ditayangkan di saluran RTM, BERNAMA TV, saluran TVS dan Youtube FINAS. Antara objektif penggambaran ini ialah untuk memberikan gambaran jelas kepada orang ramai mengenai operasi dan khidmat HCTM bagi pemberian vaksin pandu lalu (drive thru) kepada Orang Kurang Upaya, dokumentasi dan penggambaran melibatkan operasi dan perkhidmatan Jabatan Perubatan Makmal Diagnostik (JPMD) dan skop-skop lain yang penting. Pada masa yang sama juga, pihak pengurusan FINAS juga berpeluang menemu ramah Pihak produksi juga sempat menemu ramah Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk penggambaran ini. HCTM amat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama strategik bersama FINAS dalam menyebarkan infomasi tepat dan sahih mengenai Covid-19 kepada penonton sebagai kempen kerajaan bagi mempromosi pencegahan Covid-19 kepada rakyat melalui hebahan di platform penyiar, media sosial dan tayangan komuniti.

Sumbangan daripada Syarikat Streetmerge (M) Sdn Bhd
Syarikat Streetmerge (M) Sdn Bhd hari ini telah menyumbangkan sebanyak 10 Unit 10 Liter Oxygen Concentrators pada 14 Julai yang lalu. Sumbangan tersebut telah diterima oleh Ketua Jabatan Kecemasan, Dr Faizal Amri Hamzah dan Prof Dr Tan Toh Leong. Sumbangan yang diberikan oleh syarikat tersebut dapat membantu barisan hadapan yang bertungkus-lumus menangani jangkitan Wabak COVID-19. Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan. #HCTM#UKM#BetterFasterFriendlier
Kursus Komunikasi Berkesan (ACT)
Kursus Komunikasi Berkesan (ACT) anjuran Unit Latihan & Perkembangan Kerjaya Jabatan Sumber Manusia, HCTM telah diadakan pada 14 Julai 2021 bermula 9 pagi secara “Zoom Meeting“ dengan bilangan penonton secara langsung seramai 200 orang. Antara objektif kursus ini diadakan untuk memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya dan membina perhubungan profesional. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Intan Nurhaila Meor Safari, Jabatan Kerja Sosial Perubatan dan Puan Aliza Mansor, Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan. Manakala moderator kursus ini ialah Encik Farihan, Jabatan Sumber Manusia.

Sumbangan 50 unit katil lipat daripada Puan May
Sebanyak 50 unit katil lipat telah disumbangkan oleh Puan May Lon pada 12 Julai yang lepas. Sumbangan disampaikan kepada wakil kakitangan Jabatan Kecemasan yang diketuai oleh Prof Dr Tan Toh Leong. Jutaan terima kasih dari pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM kepada Puan May atas sumbangan yang diberikan.
Sumbangan set PPE daripada The V(We) Project 2021
Hospital Canselor Tuanku Muhriz HCTM menerima beberapa jenis set PPE daripada The V(We) Project 2021. Antara PPE yang disumbangkan ialah 17 kotak “surgical face mask 3ply”, 10 Kotak “latex and nitrile glove non powder”, 110 helai “non woven isolation gown/surgical” dan 130 helai “medical CPE gown”. Menurut wakil setiausaha THE V(WE) PROJECT 2021, Cik Tan, projek ini merupakan inisiatif baharu pelajar Fakulti Perubatan UKM untuk bergerak aktif memberikan maklumat yang tepat dan pendedahan mengenai kepentingan vaksin dan imunisasi kepada masyarakat umum, terutamanya semasa penularan pandemik COVID-19. Terima kasih atas sumbangan dan sokongan yang diberikan.

Sumbangan daripada Dato’ Hj Mohamed Zainal Abidin Bin Hj Abdul Kadir daripada YTL Corporation Berhad
Sebanyak 10 unit kerusi roda telah disumbangkan oleh Dato’ Hj Mohamed Zainal Abidin Bin Hj Abdul Kadir daripada YTL Corporation Berhad pada 2 Julai yang lepas. Kedatangan penyumbang telah disambut mesra oleh Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kuala Lumpur dan Puan Yasmin Rahimi, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Media. Sumbangan ini merupakan sumbangan peribadi Dato’ Hj Hohamed Zainal kepada HCTM.

Sumbangan daripada Fo Guang Shan Malaysia
Pada 2 Julai 2021 yaang lepas, sebanyak 10 unit Oxygen Concentrators daripada Fo Guang Shan Malaysia telah disumbangan kepada HCTM. Wakil pengurusan HCTM, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor sempat bertemu dan menyambut kedatangan pihak penyumbang. Sumbangan ini merupakan CSR pihak berkenaan untuk membantu pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di sini. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan.
Bicara Santai HCTM Siri 2 /2021
Bicara Santai HCTM Siri 2/2021 telah diadakan pada 29 Jun 2021, jam 2.30 petang melalui aplikasi webex meeting. Pelbagai topik telah dibincangkan dalam bicara ini bersama dua orang panel jemputan iaitu Encik Shahrol Iza Suid Albana, Ketua Jabatan Multimedia dan Penyiaran dan Encik Rosli Nasir, Ketua Unit Fotografi, Jabatan Multimedia dan Penyiaran. Tajuk yang dibincangkan ialah berkenaan multimedia dan penyiaran. Program ini merupakan program siri kedua atas talian anjuran Unit Pengurusan Acara, Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan.
















