LAWATAN KERJA WARGA JKKKP KE COMMUNICATIONS DEPARTMENT UITM SHAH ALAM & AVISENA SPECIALIST HOSPITAL

31 Mar 2023

Lawatan kerja Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan ke Jabatan Komunikasi UiTM Shah Alam dan Avisena Specialist Hospital telah diadakan pada 7 Mac 2023 (Selasa). Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri skop proses kerja komunikasi korporat di UiTM Shah Alam dan pengurusan pelanggan di Hospital Pakar Avisena. Seramai 20 orang kakitangan daripada tiga unit telah menyertai lawatan kerja ini.

Nur Umairah Patricia Abdullah & Suriyati Sulaiman

27 Dec 2022

Adalah dimaklumkan bahawa Puan Nur Umairah Patricia Abdullah dan Cik Suriyati Sulaiman telah menerima pujian dan penghargaan daripada pelawat yang bernama Puan Lai Shwu Fen atas penyampaian perkhidmatan terbaik. JKKKP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada kakitangan berkenaan di atas dedikasi anda dalam menjalankan tugas sekaligus meningkatkan imej hospital melalui tagline Better, Faster, Friendlier.

Nur Umairah Patricia Abdullah

21 Oct 2022

Adalah dimaklumkan bahawa Puan Nur Umairah Patricia Abdullah telah menerima pujian dan penghargaan daripada pelawat yang bernama Puan Nurain Yusran atas penyampaian perkhidmatan terbaik. JKKKP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada kakitangan berkenaan di atas dedikasi anda dalam menjalankan tugas sekaligus meningkatkan imej hospital melalui tagline Better, Faster, Friendlier.

Ujibakat Pencarian Pengacara Majlis 2022 Peringkat HCTM

20 Jun 2022

Pada 16 Jun 2022 yang lalu, Ujibakat Pencarian Pengacara Majlis 2022 Peringkat HCTM telah diadakan di Aras G, Ruang Klinik Pediatrik. Platform ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat terpendam warga HCTM dalam bidang pengacaraan. Seramai 15 orang peserta dan 3 orang juri telah menjayakan sesi ujibakat ini. Salah seorang juri, Harits Asyraf Hasnan daripada Astro Awani telah diundang khas untuk ujibakat ini. Turut hadir memberikan sokongan En. Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) HCTM.

Jualan Amal Buku-Buku Terpakai 2022

20 Jun 2022

Pada 8 dan 9 Jun 2022 yang lalu, Unit Komunikasi Korporat dan Media JKKKP telah menjalankan Jualan Amal Buku-Buku Terpakai di Ruang Galeri, Blok Pendidikan. Jualan yang berlangsung selama dua hari ini berjaya menjual lebih 300 buah buku dan meraih hasil sebanyak RM1,392. Hasil jualan akan disumbangkan ke dalam Tabung Pesakit HCTM. Terima kasih diucapkan kepada Unit Pengurusan Acara JKKKP dan Jabatan Kewangan atas bantuan sepanjang jualan berlangsung. Tidak lupa juga kepada penyumbang dan pembeli buku-buku terpakai dalam menjayakan jualan amal ini.

Jualan Sampul Duit Raya HCTM

27 Apr 2022

Sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, JKKKP membuka jualan Sampul Duit Raya HCTM mulai 27 April 2022. Sampul  ini berharga RM5.50 (10 keping) dan pembelian terhad kepada 2 pek sahaja bagi setiap kakitangan.  Warga HCTM yang berminat boleh membuat pembelian di Pejabat Unit Pengurusan Acama Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan, Aras G, Blok Pendidikan. Pertanyaan lanjut, sila hubungi Pn. Noorziana di talian 03-9145 5057.

 

 

Penghargaan dan Terima kasih- Puan Aliza Mansor

4 Apr 2022

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Puan Aliza Mansor atas perkhidmatan beliau sebagai Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan. Beliau akan bercuti bersara mulai 4 April 2022.

 

 

 

 

 

Webinar ‘Menopos Lelaki: Mitos atau Fakta?’

12 Nov 2021

Sempena Bulan Hari Lelaki Sedunia, webinar ‘Menopos Lelaki: Mitos atau Fakta?’ akan diadakan pada 19 November 2021 secara zoom dan FB Live. Orang awam dan warga HCTM boleh menyertai webinar ini dan bertanya soalan kepada penceramah semasa webinar berlangsung.

1 2 3 4 5 6

Search

+