KEMPEN 1 PESAKIT 1 NRP, KEMASKINI MAKLUMAT ANDA

28 Oct 2024

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera;

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Khidmat Pelanggan akan menjalankan Program Kempen “Kempen 1 Pesakit 1 NRP, Kemaskini Maklumat Anda” yang akan dijalankan selama 3 hari mulai 28 – 30 Oktober 2024. Kempen ini akan dijalankan di ruang legar aras G berhadapan Klinik Perubatan bertujuan untuk menarik seramai mungkin responden untuk hadir mengemaskini maklumat peribadi mereka. Selain itu, karnival jualan juga diadakan di Ruang Legar Lobi Klinik O&G pada tarikh tersebut.

Semua warga HCTM dijemput untuk mengunjungi program ini. Bersama-sama ini juga dilampirkan poster program berkenaan untuk rujukan. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh hubungi di talian 0391455069/5067.

Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Hiasan Kemerdekaan

10 Oct 2024

Jabatan Khidmat Pelanggan telah menyertai pertandingan hiasan kemerdekaan sempena SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA YANG KE-67 PERINGKAT FAKULTI PERUBATAN, yang bermula dari tarikh 7 Ogos 2024 Sehingga 26 Ogos 2024. Sinergi Madani nama yang dipilih sesuai dengan tema berbentuk Pengembaraan Muzium Jabatan Khidmat Pelanggan menampilkan pelbagai dekorasi yang menarik seperti kronologi kemerdekaan, tokoh perjuangan kemerdekaan, hiasan bendera menggunakan surat khabar, monument-monumen seperti Tugu Negara, Banggunan Parlimen dan lain-lain lagi. Titik peluh kakitangan yang menghias jabatan sepanjang tempoh pertandingan telah membuahkan hasil apabila diumumkan sebagai Pemenang Tempat Pertama pada 30 ogos 2024.

Lawatan Kerja Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan ke Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)

7 Feb 2024

Lawatan kerja Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan ke Unit Protokol dan Pengurusan Acara (UPA) dan Unit Komunikasi Strategik (UKAS) MINDEF telah diadakan pada 6 Februari 2024 (Selasa). Lawatan ini bertujuan bertukar pandangan dan pengalaman dalam bidang komunikasi dan hubungan korporat serta pengurusan media dan pengurusan majlis serta protokol untuk memantapkan perkhidmatan melalui benchmaking berkaitan imej dan identiti pengkorporatan dalam budaya organisasi. Seramai 20 orang kakitangan daripada tiga unit telah menyertai lawatan kerja ini.

Jemputan ke Majlis Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil.2/2023

13 Sep 2023

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

YBhg.Prof./Dato’ Sri/Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan Majlis Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil.2/2023 akan diadakan pada 18 September 2023 (Isnin) jam 10.00 pagi bertempat di Galeri Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, UKM.

Tema Pakaian : *Sarong Batik / Kain Pelikat *

Semua Warga HCTM dan Kampus Kuala Lumpur UKM (Zon Cheras) dijemput hadir.

Link Kehadiran Kakitangan : –https://forms.gle/Raok5HM51r2ZMwSb7

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pengurusan Acara, Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan, HCTM, talian 03-9145 5057 / 5058.

Infografik Prosedur Permohonan Jemputan Media Untuk Acara Rasmi

1 Sep 2023

Berikut adalah Infografik Prosedur Permohonan Jemputan Media Untuk Acara Rasmi Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM untuk perhatian YBhg. Prof./ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Noorlaily Abdul Rahim Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan, HCTM, di talian 03-9145 5185/ 6313.

Sekian, terima kasih.

 

Majlis Memori Chow Kit Road

1 Sep 2023

CHERAS, 24 Ogos 2023 – Dianggarkan 200 orang warga Kampus Kuala Lumpur UKM (Cheras) yang terdiri daripada pelbagai jabatan telah membanjiri Laluan Hadapan Auditorium untuk menyaksikan Majlis Memori Chow Kit Road iaitu salah satu aktiviti Program Semarak Kemerdekaan yang diadakan pada Bulan Kemerdekaan. Inisiatif Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menerusi Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan diadakan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan warga Kampus Kuala Lumpur UKM (Cheras) yang akan disambut pada 31 Ogos 2023 nanti.

Majlis Memori Chow Kit Road merupakan program menyambut ambang kemerdekaan yang ke-66 dengan menggunakan konsep yang diambil daripada konsert jalanan terbesar Allahyarham Sudirman Arshad telah diadakan secara percuma pada 14 April 1986 di Jalan Chow Kit. Konsert penyanyi pop 80-an tersebut telah mencipta sejarah apabila menghimpunkan lebih 100, 000 daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan pelbagai latar belakang, kaum, agama dan pendidikan. Sejajar dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini ‘Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, konsep yang diketengahkan ini telah diterima baik dan mendapat maklum balas positif daripada warga kerja HCTM dan Kampus Kuala Lumpur UKM (Cheras). Antara pengisian program Memori Chow Kit Road ialah perarakan kawad kaki Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur yang diketuai oleh Encik Mohd Shukur Halim, penyerahan Jalur Gemilang oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM kepada Kapten (B) Hamon Rafiz Abd Hamed, Ketua Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur, pengibaran jalur gemilang serta nyanyian lagu Negaraku, nyanyian kior, deklamasi sajak, pakaian terbaik, dan reruai juadah seperti nasi lemak, kuih, air balang, ubi kayu rebus dan lain-lain.

Antara yang hadir ke Majlis Memori Chow Kit Road ini adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Ketua-ketua Jabatan dan warga Kampus Kuala Lumpur UKM (Cheras).

 

Persembahan Kebudayaan Tradisional Malaysia

23 Aug 2023

Persembahan Kebudayaan Tradisional Malaysia bersempena Program Semarak Kemerdekaan anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan telah diadakan pada 22 Ogos 2023 bertempat di Lobi Utama, Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Acara dimulakan dengan persembahan seni gamelan dari Kumpulan Astraloka Enterprise diikuti dengan bengkel instrumen gamelan. Antara instrumen yang digunakan adalah Bonang, Saron Pekin, Saron Baron, Gendang dan Gong. Program berlangsung selama 2 jam ini mendapat sambutan yang hebat. Program dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) bagi memberi sokongan kepada penganjuran program tersebut. Selain dari seni persembahan gamelan, turut diadakan peraduan ‘Teka dan Menang’ iaitu aktiviti meneka jumlah guli dalam balang. Para pemenang yang berjaya diumumkan sejurus selepas majlis selesai.

Antara yang hadir dalam program ini ialah Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) HCTM, Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) HCTM, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar HCTM, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Bin Md. Zainuddin, Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Warga UKM dan Orang Awam.

Pertandingan Sukan Rakyat

23 Aug 2023
Pertandingan Sukan Rakyat anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan bersempena Program Semarak Kemerdekaan telah diadakan pada 18 Ogos 2023 bertempat di Ruang Galeri, Blok Pendidikan Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Aktiviti telah dimulakan seawal jam 11.00 pagi dengan pertandingan Sepak Bulu Ayam. Pertandingan sepak bulu ayam dikhaskan buat kakitangan lelaki manakala Pertandingan Congkak untuk wanita.
Seramai 32 orangan kaitangan wanita telah mengambil bahagian pertandingan congkak dan dianggarkan 50 orang kakitangan lelaki telah mngambil bahagian dalam pertandingan sepak bulu ayam. Penyertaan bagi setiap kategori disambut meriah dari pelbagai jabatan. Selain pertandingan congkak dan sepak bulu ayam, bowling kampung juga disediakan untuk kakitangan mencuba permainan tersebut.
Semoga dengan kemeriahan ini, mampu menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam warga HCTM yang akan disambut pada 31 Ogos 2023 nanti.

Program ‘M Untuk Meow’ sempena Sambutan Hari Kucing Sedunia

22 Aug 2023

Rakaman lensa Program ‘M Untuk Meow’ sempena Sambutan Hari Kucing Sedunia anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan (JKKKP) telah diadakan pada 17 Ogos 2023 bertempat di Dewan Serbaguna 1, Bangunan Blok Tambahan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi kepada warga UKM khususnya kepada pencinta dan pemilik kucing mengenai penjagaan dan pemakanan kucing. Sesi perkongsian mengenai asas penjagaan kucing telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Naim Md Kasim, doktor veterinar dari Kitty’s Care. Manakala, Dr. Ayesha Shafinaz Azlan, Scientific Communication Manager, Royal Canin Malaysia berkongsi tentang pemakanan kucing.

Royal Canin turut menyediakan ‘doorgift’ kepada warga UKM yang hadir ke program tersebut. Program yang berlangsung selama 2 jam ini telah menerima sambutan yang meriah terutamanya penglibatan warga dalam kuiz (kahoot). Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih juga kepada Warong Bistro di atas sumbangan juadah ringan untuk para peserta program ini.

Ceramah Motivasi bertajuk “Erti Sebuah Pengorbanan”

8 Jun 2023

CHERAS, 7 Jun 2023 – Ceramah Motivasi bertajuk “Erti Sebuah Pengorbanan” yang disampaikan oleh Penceramah Jemputan Tuan Syamsul Debat bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1444H telah diadakan di Galeri Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar secara sederhana tetapi bermakna buat warga HCTM. Program kerohanian anjuran Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan telah diadakan bagi menyampaikan ilmu pengetahuan, memberi pemahaman, dan menghayati erti pengorbanan sebenar. Topik yang disampaikan amat bertepatan dengan Sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang dan penceramah bijak menggunakan situasi di tempat kerja sebagai contoh bagi memastikan mesej dan maksud pengorbanan sampai kepada warga yang hadir.

Program amat memberansangkan apabila kehadiran fizikal kakitangan ke program mencecah had seramai 320 orang warga HCTM dan 300 penonton di saluran youtube HCTM TV. Program dimeriahkan dengan kehadiran Profesor Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi & Sokongan), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Ketua-ketua Jabatan, dan Warga HCTM.

Orang awam dan warga HCTM UKM boleh menonton tayangan program di saluran Youtube HCTM : https://www.youtube.com/watch?v=1PAt-QgA3Oc&t=4465s

1 2 3 4 6

Search

+