Jabatan Khidmat Pelanggan menstrukturkan pentadbirannya dengan pengukuhan 2 tonggak utama iaitu: Unit Sokongan dan Khidmat Pelanggan dan Unit Perkhidmatan Pesakit Luar.

Unit Sokongan dan Khidmat Pelanggan:

i) Pentadbiran dan Kualiti

ii) Telefonis

iii) Informasi & Interaktif Rawatan

–    Kaunter Informasi

–    Kaunter Pinjaman Kerusi Roda

–    Perkhidmatan Usher (di Anjung Lobi Utama)

 

Unit Perkhidmatan Pesakit Luar:

i) Pendaftaran Pesakit Luar

–    23 Kaunter Klinik Pakar

–    4 Pusat Perkhidmatan

ii) Pendaftaran Kecemasan

iii) Penggantian (Oncall)

PENTADBIRAN & KUALITI

Pentadbiran & Kualiti bertanggungjawab menguruskan segala urusan pentadbiran pengoperasian jabatan dan unit-unit di bawahnya. Ianya merangkumi perancangan latihan, perbelanjaan,pengurusan risiko, penjawatan, seluruh aktiviti Kualiti, pengemaskinian lawan sesawang dan lain-lain urusan dalam ruang lingkup pentadbiran jabatan.

TELEFONIS

Telefonis terletak di Tingkat 1, Blok Klinikal HCTM dan memainkan peranan utama untuk mengendalikan serta menyambungkan semua panggilan rasmi HCTM sahaja. Objektif Kualiti Telefonis adalah untuk memastikan semua panggilan yang melalui telefonis diuruskan dengan cekap, tepat, dan mesra demi memenuhi keperluan pelanggan.

INFORMASI & INTERAKTIF RAWATAN

i) KAUNTER INFORMASI

Kaunter Pertanyaan berfungsi sebagai pusat informasi dan rujukan pelanggan dan kakitangan untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan perkhidmatan dan kemudahan rawatan di HCTM. Kakitangan bertugas di kaunter ini mengendalikan urusan pertanyaan pelanggan dengan tepat, cepat dan mesra. Kaunter ini terletak di Lobi Utama, HCTM. Lokasinya yang strategik dan memudahkan urusan pertanyaan serta tunjuk arah oleh pelawat / pesakit HCTM.

 

ii) KAUNTER PINJAMAN KERUSI RODA

Perkhidmatan pinjaman kerusi roda ini disediakan untuk kegunaan pelanggan / pesakit yang mendapatkan rawatan dan kemudahan perubatan di HCTM sahaja. Kaunter ini terletak di antara Lobi Utama dan Lobi Pelawat. Berikut adalah Polisi Penggunaan Perkhidmatan Kerusi Roda Di HCTM.

  1. Kerusi roda hanya dibenarkan untuk kegunaan di dalam kawasan HCTM. Peminjamtidak dibenarkan untuk membawa pulang atau keluar kerusi roda dari kawasan HCTM.
  2. Kerusi roda akan diserahkan kepada peminjam setelah petugas kaunter merekodkan maklumat diri pelanggan/pesakit di dalam rekod pinjaman kerusi roda.
  3. Waris atau penjaga yang mengiringi pelanggan/pesakit perlu bertanggungjawab ke atas pelanggan/pesakit sekiranya berlaku kemalangan semasa menggunakan kerusi roda.
  4. Peminjam dikehendaki memulangkan kerusi roda ke Kaunter Pinjaman Kerusi Roda sebelum jam 4.30petang.  Sekiranya masih memerlukan penggunaan kerusi roda tersebut, mohon maklumkan kepada kepada petugas Kaunter Pinjaman Kerusi Roda dengan kadar segara di talian 03-9145 8300.

 

iii)        PERKHIDMATAN USHER

Perkhidmatan Ursher disediakan untuk memudahkan waris pesakit menurunkan pesakit disamping memastikan aliran trafik berjalan dengan lancar perjalanan di di Anjung Lobi Utama. Petugas Ursher turut akan bantu menolak pesakit berkerusi roda dan warga emas untuk menyulusuri tangga ke Lobi Utama bagi memastikan keselamatan terjaga.

 

IV) PENDAFTARAN PESAKIT LUAR

Objektif Kualiti Pendaftaran Pesakit Luar adalah untuk memastikan segala maklumat dan urusan pendaftaran pesakit dilaksanakan dengan tepat dan sentiasa terkemaskini. Fungsi utama pendaftaran pesakit luar adalah untuk memastikan semua pendaftaran pesakit dan prosedur temujanji dikendalikan mengikut proses dan prosedur klinik serta memastikan semua urusan temu janji pesakit diuruskan dengan teratur dan tepat, sesuai dengan proses dan prosedur yang telah ditetapkan.

Bagi memastikan kelancaran proses Pendaftaran Pesakit Luar, kakitangan Jabatan Khidmat Pelanggan ditempatkan di Klinik-Klinik Pakar HCTM berikut :-

  • Klinik O&G
  • Klinik Oftalmologi
  • Klinik Ortopedik
  • Klinik Otorinolaringologi Pembedahan Kepala & Leher (ENT)
  • Klinik Perubatan 1
  • Klinik Perubatan 2
  • Klinik Surgeri
  • Klinik Nefrologi
  • Klinik Warga
  • Klinik Maksilofasial
  • Klinik Radioterapi dan Onkologi
  • Pusat Jagaan Harian Surgeri
  • Pusat Jagaan Harian Hematologi
  • Pusat Jagaan Harian O&G
  • PAC (Pusat Kemasukan Pesakit O&G)
  • ARC (Pusat Reproduktif Termaju)
  • Pusat Endoskopi
  • Perkhidmatan Pemulihan Perubatan
  • Pusat Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja
  • Pusat Jagaan Harian Onkologi
  • Radiologi
  • Makmal Pemeriksaan Perubatan

– Unit Pendaftaran Kecemasan

– Unit Penggantian (Oncall)

 

 V) PENDAFTARAN KECEMASAN

  1. Pendaftaran Pesakit Kecemasan bertempat di Jabatan Perubatan Kecemasan HCTM dan beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu.
  2. Objektif Kualiti Pendaftaran Kecemasan adalah memastikan semua urusan maklumat dan pendaftaran pesakit dibuat dengan tepat dan terkemaskini.
  3. Fungsi Pendaftaran Kecemasan adalah memastikan semua pendaftaran pesakit dan prosedur temujanji dikendalikan berdasarkan kepada proses dan prosedur klinik dan semua urusan temu janji pesakit diuruskan dengan teratur dan tepat mengikut proses dan prosedur yang ditetapkan.

 

V) PENGGANTIAN (ONCALL)

Penggantian (Oncall) terdiri daripada kakitangan kontrak/tetap sebagai pengganti di setiap kaunter pendaftaran Kaunter Informasi, Klinik-klinik Pakar, Telefonis dan Kaunter Pendaftaran Kecemasan. Selain itu, mereka juga menjalankan tugas hakiki di Pejabat Am dan arahan semasa.