Unit Pengurusan Aduan dan Maklum Balas Jabatan Khidmat Pelanggan terletak di Tingkat 3, Blok Klinikal HCTM, PPUKM.
Objektif Kualiti Unit Perhubungan Pelanggan
- Memastikan semua proses dan prosedur aduan/maklum balas pelanggan dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Mendokumenkan cadangan dan tindakan penambahbaikan yang telah dilaksanakan berdasarkan kepada maklum balas/laporan yang diterima.
Fungsi Unit Perhubungan Pelanggan
- Menguruskan maklum balas pelanggan mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan.
- Memastikan semua laporan dan statistik maklum balas pelanggan yang terkini tersedia selepas setiap bulan dan tahun.