Kaunter Perkhidmatan Pinjaman Kerusi Roda
- Bertempat di antara Lobi Utama dan Lobi Pelawat.
Polisi Penggunaan Perkhidmatan Kerusi Roda Di HCTM, PPUKM
Perkhidmatan kerusi roda ini disediakan untuk kegunaan pelanggan / pesakit yang mendapatkan rawatan dan kemudahan perubatan di HCTM, PPUKM SAHAJA.
- Kerusi roda hanya dibenarkan untuk kegunaan di dalam kawasan HCTM, PPUKM. Pelanggan/pesakit tidak dibenarkan untuk membawa pulang atau keluar kerusi roda dari kawasan HCTM, PPUKM.
- Pelanggan/pesakit perlu menyerahkan dokumen pengenalan diri pada petugas kaunter untuk meminjam kerusi roda. Kerusi roda akan diserahkan kepada pelanggan/pesakit setelah petugas kaunter merekodkan maklumat diri pelanggan/pesakit di dalam rekod pinjaman kerusi roda.
- Waris atau penjaga yang mengiringi pelanggan/pesakit perlu bertanggungjawab ke atas pelanggan/pesakit sekiranya berlaku kemalangan semasa menggunakan kerusi roda.
- Pelanggan/pesakit yang datang tanpa ditemani oleh waris atau penjaga akan dibantu oleh kakitangan (Kaunter Penerangan Lobi Pelawat) HCTM, PPUKM untuk dibawa ke klinik pakar/wad dan Pusat Jagaan Harian.
- Pelanggan/pesakit dikehendaki memulangkan kerusi roda ke Kaunter Pinjaman Kerusi Roda sebelum jam 4.30petang. Sekiranya pelanggan/pesakit tidak dapat memulangkan sebelum jam 4.30petang, minta maklumkan kepada kepada kakitangan Kaunter Pinjaman Kerusi Roda dengan kadar segara di talian 03-9145 8300.