Kupon Sempena Hari Kopi Sedunia Mendapat Sambutan Luar Biasa

1 Oct 2020

CHERAS, 1 Oktober – Program kerjasama antara HCTM dan Gloria Jeans Coffee dalam memberikan kupon ekslusif sempena Hari Kopi Sedunia dan 23 Tahun HCTM telah mendapat sambutan luar biasa. Peminat kopi telah beratur awal dihadapan Gloria Jeans Coffee untuk mendapatkan kupon ini. Program pemberian kupon dijalankan pada jam 10.00 pagi oleh kakitangan JKKKP yang bertugas yang memakai apron.

Kupon ini membolehkan pelawat dan kakitangan HCTM untuk mendapat diskaun tambahan sebanyak 23% bagi menu tertentu. Syarat tambahan seperti LIKE dan FOLLOW Facebook HCTM dan berswafoto menggunakan bingkai facebook yang disediakan. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM turut meluangkan masa selama 15 minit bersama kakitangan dan orang awam dengan memberikan kupon dan swafoto bersama.

En.Ruzaimi selaku tuan kedai Gloria Jean’s Coffee HCTM berharap aktiviti seumpama ini berjaya mencapai objektif penganjuran program. Program yang sepatutnya berjalan sehingga pukul 4.00 petang terpaksa diawalkan ke pukul 1.00 petang kerana kehabisan kupon. Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan selaku penganjur program ini berharap ia dapat diteruskan di masa akan datang.

Search

+