PANDUAN UNTUK SEMUA PESAKIT/PELANGGAN
KLINIK-KLINIK PAKAR
Klinik-klinik Pakar adalah beroperasi dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang (setiap hari bekerja).
PENDAFTARAN DI KLINIK PAKAR/KEMASUKAN KE WAD
Untuk pendaftaran (pertama kali) dan mendapatkan temujanji di Klinik-klinik Pakar, sila bawa bersama dokumen berkenaan :
1. Surat rujukan daripada Doktor
2. MyKad atau paspot untuk pesakit bukan Warganegara Malaysia
3. Sekiranya membuat pendaftaran untuk kanak-kanak, sila bawa bersama Surat Beranak asal atau MyKid
4. Surat Jaminan (sekiranya berkenaan)
Kaunter Kemasukan ke Wad dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang di Lobi Utama. Urusan kemasukan ke wad di luar waktu berkenaan boleh dibuat di Kaunter Kemasukan Wad di Jabatan Perubatan Kecemasan yang dibuka 24 jam.
Untuk pendaftaran, sila bawa bersama dokumen berkenaan :
- Slip kemasukan ke wad oleh Doktor
- MyKad atau paspot untuk pesakit bukan Warganegara Malaysia
- Sekiranya membuat pendaftaran untuk kanak-kanak, sila bawa bersama Surat Beranak asal atau MyKid
- Surat Jaminan (sekiranya berkenaan)
- Ubat-ubatan perlu dibawa bersama semasa kemasukan ke wad.
KEHILANGAN & PENEMUAN BARANGAN /LOST & FOUND
Sebarang pertanyaan berhubung kehilangan/penemuan barangan pesakit/pelanggan di sekitar Kompleks PPUKM, boleh dirujuk di mana-mana kaunter Keselamatan atau di talian 03-9145 5090 ( talian 24 jam)
PENYEDIAAN MAKANAN PESAKIT
Makanan pesakit adalah disediakan bagi setiap hari iaitu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Perkhidmatan Dietetik Klinikal tersedia berdasarkan kepada rujukan doktor PPUKM untuk keperluan pesakit. Bagi pesakit yang tinggal di wad melebihi 14 hari, pesakit adalah dibenarkan untuk memilih daripada menu ala carte. Semua makanan yang disediakan ialah HALAL.
Waktu Sajian
Sarapan Pagi : 7.00 pagi – 8.00 pagi
Makan Tengahari : 12.00 tgh – 1.30 ptg
Minum Petang : 3..00 ptg – 3.30 ptg
Makan Malam : 6.00 – 7.30 malam
PERINGATAN UMUM
- Untuk keselesaan dan keselamatan semua pesakit, pelawat dan kakitangan, kawasan Kompleks PPUKM telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.
- Sila pastikan semasa meninggalkan PPUKM selepas selesai urusan di PPUKM, pastikan anda tidak meninggalkan sebarang barangan/kepunyaan peribadi.
- Makanan serta barangan yang berbau kuat, seperti buah durian adalah tidak dibenarkan di dalam Kompleks PPUKM.
- Sebarang makanan/minuman tidak halal adalah tidak dibenarkan dibawa masuk ke Kompleks PPUKM.
- Semua kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah tidak dibenarkan masuk ke wad dan tidak digalakkan dibawa melawat di Hospital, kecuali bertujuan untuk mendapatkan rawatan.
- Semua pesakit dan pelawat adalah dinasihatkan untuk TIDAK membawa barang kemas, wang tunai yang berlebihan serta peralatan elektrik seperti cerek elektrik, kipas dan alat memasak Kakitangan wad boleh dirujuk sekiranya pesakit perlu menyimpan barangan berharga semasa berada di wad, namun PPUKM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerosakan kepada barang persendirian pesakit/pelawat.
Unit Rawatan Intensif memerlukan perhatian khusus bagi perkara berkenaan :
- Pelawat kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah tidak dibenarkan memasuki ICU. Walaubagaimanapun, untuk kes-kes tertentu, Ketua Jururawat boleh dirujuk untuk masa lawatan yang dibenarkan;
- Kemudahan melawat mungkin digantung sementara tertakluk kepada keadaan pesakit;
- Bunga adalah tidak dibenarkan di dalam ICU
- Setiap pesakit adalah dibenarkan 2 orang pelawat sahaja pada satu-satu masa;
- Pelawat yang baru sahaja menerima vaksinasi/dijangkiti penyakit berjangkit perlu merujuk kepada Ketua Jururawat/kakitangan sebelum lawatan dibenarkan;
WAKTU MELAWAT PESAKIT
Waktu Melawat adalah seperti di bawah:
Pesakit Dalam : Setiap Hari Isnin-Jumaat (12.30 tgh – 2.00 ptg dan 4.30 ptg – 7.00 mlm)
Setiap Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (12.30 tgh – 7.00 malam)
Rujukan Singkatan Buku Temujanji Pesakit
Waktu Pembukaan Kedai Farmasi
Isnin- Jumaat jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang
No. Telefon Kedai Farmasi 03-91455398 / 03-91455399
Waktu Pembukaan Kedai UKM Kesihatan
Isnin – Jumaat jam 8.00 pagi – 7.00 malam
Sabtu & Ahad jam 10.00 pagi – 7.00 malam
Public Holiday jam 10.00 pagi – 7.00 malam
(Hari Raya Puasa tutup)
No. Telefon Kedai UKM Kesihatan 03 – 91739357
Waktu Pembukaan Kedai SAHABAT PPUKM
Isnin, Rabu dan Khamis jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang
No. Telefon Kedai SAHABAT PPUKM 03-91357707
Waktu Pembukaan Kefetaria
Kefetaria Blok Pendidikan
Isnin – Jumaat jam 7.00 pagi – 8.00 malam
Sabtu & Ahad jam 7.00 pagi – 6.00 petang
Public Holiday jam 7.00 pagi – 6.00 malam
Kefetaria Blok Klinikal
Isnin – Jumaat jam 7.00 pagi – 7.00 malam
Sabtu & Ahad jam 7.00 pagi – 7.00 malam
Public Holiday jam 7.00 pagi – 7.00 malam
Waktu Kuliah di Surau
Jadual Kuliah setiap minggu, pada hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Kuliah pada waktu Zohor bermula pada jam 1.00 hingga 1.45 tengahari. Kuliah akan dihentikan seketika untuk memberi laluan azan. Solat Zohor akan dimulakan setelah selesai kuliah.
Tazkirah Sebelum Jumaat
Tazkirah sebelum Jumaat akan disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam PPUKM atau Ustaz Jemputan masa 30 minit sebelum azan Jumaat
Nombor Telefon Syarikat Teksi yang boleh dihubungi.
SUPERCAP – Ampang – 03-92837229 / Petaling Jaya – 03-78055333
TAXI MALAYSIA – 03-92238080
KBK TAXI SDN BHD – 03-92221166
SUNLIGHT RADIO TAXI SERVICES SDN. BHD. FREE CALL 130-800222
TMN SRI PETALING – 03-90571111
MALAYSIA CENTRAL – (Hotline: 03-40236470)
COMFORT TAXI – 03-62531313
PUBLIC CAB SELAYANG – 03-62592020
MESRA CAB SDN BHD. KL, WP – 03-40430659
YELLOW CAB FOOD CORPORATION SDN. BHD. – 03-26941866
WATAL SDN. BHD. – CERAS BUSINESS CENTRE – 03-91304435
SAUJANA TAXI (Lorong Yap Kwan Seng) – 03-21628888
PEMILIK & PEMANDU TAXI SDN. BHD. Cheras Bkt Mewah – 03-91312611
PUDU TEKSI SDN. BHD. – 03-92864515
Nombor Telefon Pondok Polis di PPUKM – 03-91455999
Permohonan Laporan Perubatan antara 1 bulan hingga 2 bulan
Nama Hotel-Hotel Berdekatan
International Youth Centre (IYC)
Jalan Yaacob Latiff
Bandar Tun Tazak
56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Tel: 03-91719204
Hotel Maluri Kuala Lumpur
No. 1, Jalan Permaisuri
Taman Maluri, Cheras
55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-92578833
MH Hotel & Residences Kuala Lumpur (MHKL)
Tower 2, Menara PGRM
No. 6, Jalan Pudu Ulu, Cheras
56100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-92896888
Hotel EST KL
28-1-2-3, Jalan Dwitasik 2
Bandar Sri Permaisuri Cheras
56000 Kuala Lumpur
Smart Hotel Cheras
72A-1, Jalan Dwitasik 2
Bandar Sri Permaisuri Cheras
56000 Kuala Lumpur
The Room Hotel
No.80, Jalan Dwitasik
Bandar Sri Permaisuri Cheras
55100 Kuala Lumpur