Jabatan Khidmat Pelanggan menyediakan kemudahan 1 Kaunter Pertanyaan, 1 Kaunter Sara Ubat dan 1 Kaunter Perkhidmatan Pinjaman Kerusi Roda.  Ketiga-tiga kaunter ini berfungsi sebagai tempat rujukan pelanggan dan kakitangan untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan kemudahan rawatan di HCTM, PPUKM.

Kaunter Pertanyaan

kaunter 3

Terletak di laluan ke Klinik-Klinik Pakar di aras G bersebelahan Klinik Perubatan 1 di Lobi Utama, HCTM, PPUKM. Kaunter ini turut berperanan dalam mengendalikan urusan pertanyaan pelanggan  dengan tepat, cepat dan mesra. Lokasinya yang terletak berhampiran Klinik-Klinik Pakar adalah amat strategik dan memudahkan urusan pertanyaan serta tunjuk arah oleh pelanggan / pesakit HCTM, PPUKM.

Kaunter Sara Ubat

Kaunter ini menerima Borang Permohonan Tuntutan Sara Ubat JPA daripada pelanggan/pesakit HCTM, PPUKM bagi semakan sebelum borang-borang tersebut diserahkan ke Pejabat Pengarah.