Tahniah Pemenang Kuiz RMHC

8 Apr 2021

Tahniah diucapkan kepada pemenang Kuiz Ronald McDonald House Charities (RMHC). Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang bertanggungjawab membantu kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan, menerusi empat program utama – Rumah Ronald McDonald, Gift of Smile, Bilik Sensori Ronald McDonald dan program Pek Kembali Ke Sekolah. Rumah Ronald McDonald yang pertama di ASEAN terletak di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, menawarkan penginapan kepada keluarga pesakit kanak kanak yang sedang mendapatkan rawatan di HCTM kadar bayaran RM5 sehari. Pihak kami mengucapkan tahniah kepada 10 orang peserta kuiz yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul dan terpilih untuk menerima saguhati daripada RMHC. 

Kuiz-RMHC

Search

+